Ahad, 12 September 2010

Kerajaan sabah digesa tubuhkan lembaga bahasa dan budaya

BERNAMA

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa memberi pertimbangan terhadap cadangan penubuhan sebuah badan linguistik dan kesusasteraan untuk menyemarakkan kegiatan kesusasteraan, linguistik dan kebudayaan di negeri ini.

Gesaan ini disuarakan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), antara persatuan terbesar dan paling aktif di negeri ini, yang mempunyai 17 cawangan di seluruh negeri.

Gesaan itu disokong tiga badan penulis lain -- Ikatan Penulis Sabah, Rusta dan Warisan, yang masing-masing berpejabat di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Ketua BAHASA, Jasni Matlani memberitahu Bernama bahawa satu memorandum tentang cadangan itu telah dihantar kepada kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar negeri.

Jasni berkata Sabah amat memerlukan sebuah badan khas yang bertanggungjawab menjaga kepentingan dan pembangunan bidang linguistik dan kesusasteraan tempatan, terutama dalam membantu memulihara pelbagai bahasa etnik yang wujud di negeri berkenaan.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju mempelihara bahasa etnik Sabah supaya budaya unik kita boleh dikekalkan.

Leo berkata...

Satu cadangan yang bagus. Dengan menubuhkan lembaga bahasa dan budaya, ia dapat mengelakkan budaya unik Sabah daripada pupus.

zam berkata...

jika cadangan ini dapat membantu memulihara pelbagai bahasa etnik yang wujud di negeri Sabah, maka cadangan ini patut dipertimbangkan...

Mahsiran berkata...

ini merupakan cadangan yang baik kepada rakyat Sabah. harap cadangan yang telah dikemukakan ini akan memberikan jawapan yang baik. Ini bertujuan untuk kepeentingan rakyat ini sendiri.

Tanpa Nama berkata...

cadangan penubuhan ini adalah satu cadangan yang baik. ia dpt mengekalkan dan memperkenalkan budaya dan bahasa sabah yang unik.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan Sabah perlu melihat cadangan ini sebagai satu keperluan untuk kebaikan generasi akan datang. kita tidak mahu timbul penyesalan dikemudian hari setelah bahasa etnik dan budaya sabah hilang ditelan zaman..

joey berkata...

cadangan ini mungkin patut dipertimbangkan. ia dapat memulihara pelbagai bahasa etnik di negeri Sabah..

Tanpa Nama berkata...

cadangan yang bagus, harap rancangan ini akan dilaksanakan.

Sanih Alias berkata...

Buat sesuatu untuk memgekalkan budaya dan bahasa etnik Sabah. Apa yag dicadangkan itu satu perkara yang baik dan bagus untuk rakyat Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Saya melihat bahawa adalah tidak wajar jika usul ini tidak dilaksanakan demi masa depan generasi akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Segala usaha untuk melindung serta mengukuhkan bahasa dan budaya patut diberi sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan generasi baru tidak fasir dengan bahasa ibunda dan tidak minat serta memahami budaya bangsa sendiri.
Penubuhan lembaga bahasa dan budaya adalah cara terbaik untuk melindungi dan memelihara bahasa dan budaya etnik Sabah.

langsat berkata...

Saya setuju cadangan ini dan amat berharap ia dapat dilaksanakan segera.

langsat berkata...

Sepatutnya penubuhan lembaga bahasa dan budaya di negeri ini sudah ditubuhkan lebih awal lagi. Diharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan bagi menyemarakkan dan mengekalkan bahasa dan budaya.

Tanpa Nama berkata...

satu cadangan yang amat baik..diharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan ini..

Tanpa Nama berkata...

linguistik dan kesusasteraan tempatan harus dipelihara agar tidak hilang dan dilupakan...

Tanpa Nama berkata...

dengan adanya badan ini, mungkin warisan kesusasteraan negeri kita dapat diurus dengan lebih cekap..

Tanpa Nama berkata...

pembangunan bidang kesusasteraan tempatan boleh dibangunkan secara sistematik dengan adanya badan ini..

Tanpa Nama berkata...

harap kerajaan negeri akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan ini..

Antanum berkata...

Satu Cadangan yang baik dan saya rasa harus ada sokongan untuk penubuhan ini. Ini Bukan semata2 untuk kesedaran untuk orang2 sabah akan tetapi ini adalah untuk memelihara bahasa kita agar tidak pupus di makan zaman. Selain itu, generasi akan datang juga boleh melatakkan ini sebagai panduan bagi mereka untuk terus mengembangkan bahasa kita. Sokongan penuh diberikan dan semoga ianya berjaya.

Unknown berkata...

Semoga cadangan ini dapat perhatian pihak berkenaan dan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Wa saya suka oo ini idea. Keep it up!

Tanpa Nama berkata...

Saya harap cadangan ni dipertimbangkan. Saya yakin pasti ramai yang gembira jika cadangan dapat direalisasikan :

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Antanum. At least, keunikan Sabah ni dapat dipertahankan sampai bila2:)

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Sabahan saya menyokong penuh setiap cadangan yang menjurus kepada memartbatkan bahasa dan budaya Sabah. Ia bukan saja utk generasi seterusnya namun dapat memberi ruang kepada orang luar utk lebih mengenali bahasa dan budaya kita.

Tanpa Nama berkata...

Semoga cadangan, harapan dan keinginan kita utk menyemarakkan kegiatan kesusasteraan, linguistik dan kebudayaan di Sabah menjadi kenyataan. Amen :)

Tanpa Nama berkata...

Kepelbagaian bahasa dan budaya yang kaya di Sabah sangat unik dan mesti diperlihara. Penubuhan lembaga bahasa dan budaya amat sesuai memikul tanggungjawap ini.

Tanpa Nama berkata...

Usul yang baik dan dapat melindungi budaya dan bahasa berbilang suku kaum di Sabah dari hilang di muka bumi.
Bertindak segera supaya tidak terlambat.

Unknown berkata...

Lembaga ini juga dapat berfungsi sebagai satu stesen pengumpulan maklumat bahasa dan budaya etnik Sabah untuk pihak yang berminat membuat pengkajian seperti dari Universiti.

Tanpa Nama berkata...

pasti kerajaan negeri tidak menghadapi sebarang masalah meluluskan cadangan ini memandangkan pelbagai pihak menunjukkan reaksi positif dan mengalu2kan penubuhan badan tersebut.