- Komplot dalaman dan tindakan Umno cuba kekal berkuasa merupakan ancaman besar kestabilan negara
BULETIN ONLINE
Di sebalik pelbagai spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13, laporan terbaru The Economist Intelligence Unit mendakwa komplot dalaman Umno dan tekad parti pemerintah untuk kekal berkuasa dengan menggunakan apa jua cara merupakan ancaman besar kepada kestabilan politik di Malaysia.
Laporan itu mengenai Malaysia juga mengesyorkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memperlihatkan peningkatan kerusi dalam pilihan raya umum ke-13, tetapi tidak mungkin akan memperolehi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti.
Kestabilan Malaysia sepanjang lima dekad lalu bergantung pada tiga faktor utama iaitu penguasaan mantap Barisan Nasional (BN), kawalan ketat Umno ke atas perikatan ini dan sokongan majoriti Melayu terhadap parti dominasi BN itu, kata laporan edisi keluaran Oktober itu.
Bagaimanapun menurut laporan itu, faktor-faktor itu bukan sesuatu yang kekal berterusan, lebih-lebih lagi selepas prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008 dan kejayaan bersejarah PR dalam menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.
“Pilihan raya umum 2008 menunjukkan ketiga-tiga faktor itu menjadi lemah.
“Ekorannya, kuasa-kuasa ini kemungkinan tidak membolehkan rangka kerja politik negara kekal seperti biasa sepanjang 2010-2-14,” kata laporan itu yang di petik Bernama.
Mandat semasa kerajaan hanya akan berakhir Mei 2013, tetapi ramai menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan awal tahun depan.
Oleh itu jelas laporan itu, komplot politik dalam Umno sendiri dan ditambah dengan kesungguhan untuk kekal dalam kuasa menerusi apa jua cara akan menjadi ancaman kepada kestabilan politik negara ini.
BN mahu memperoleh kembali kerusi majoriti di Parlimen dan menawan negeri-negeri yang jatuh khususnya Selangor.
Puak-puak dalam Umno mula kelihatan muncul dalam usaha menentukan hala tuju parti itu sejak kebelakangan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno melahirkan tekad untuk memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan mesra pasaran.
Bagaimanapun Najib berhadapan dengan tekanan dan bantahan daripada elemen-elemen konservatif dari dalam Umno dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
Malah Najib yang juga Pengerusi BN berhadapan dengan bantahan dalam usahanya memperkenalkan Model Baru Ekonomi, khususnya daripada Perkasa yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali.
Najib dijadual memperkenalkan laporan kedua model itu bulan depan bersama Bajet 2011.
Selain itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan pendirian-pendirian yang dilihat boleh menjejaskan usaha Najib memperkenalkan pembaharuan dasar.
The Economist Intelligent Unit juga menekankan bahawa BN akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang memandangkan Umno tidak boleh lagi mengharapkan sokongan orang Melayu daripada golongan “berpendidikan tinggi, liberal dan kelas pertengahan” yang memihak sokongan kepada pembangkang.
Malah menurut laporan itu, kemungkinan keputusan pilihan raya akan memperlihatkan lebih banyak kehilangan kerusi di pihak BN, memandangkan pengundi Melayu berpendirian sederhana yang kecewa dengan siri skandal politik selain tindakan Umno begitu agresif memperkenalkan nilai-nilai Islam, tidak akan memberikan sokongan mereka.
Katanya, pengundi-pengundi Cina dan India kekal enggan kembali ke pangkuan BN
16 ulasan:
Mandat semasa kerajaan hanya akan berakhir Mei 2013??? janganlah membuat sebarang andaian yang tidak mempunyai asas yang kukuh. rakyat pasti cukup bijak untuk menilai mana yang baik dan buruk.
Diharapkan semua akan berjuang dan bersaing dengan cara yang betul, adil dan bersih. Kestabilan negara perlu dijaga.
Kurangkan berpolitk dan banyakkan bertindak. Selamat berjuang.
UMNO, rakyat percaya dengan pentadbiran kerajaan. Maka janganlah samapi menjejaskan keadaan ekonomi negara kita ini.
pada PRU 13 nnti , kita akan tau siapa yang akan diberi mandat oleh rakyat.
Keadaan hari ke hari semakin teruk dengan wujudnya pelbagai masalah baru, tidak kurang dari 3 bulan ada sahaja perkara baru berlaku... Belum sempat untuk selesaikan kes lama kes baru muncul...Pembangkang dan kerajaan tidak pernah aman (walaupun untuk melihat kedua2 aman adalah mustahil)Banyak isu yang telah dipolitikkan dan ini mengundang kepada ketidakstabilan dari pelbagai aspek.... Namun masih terdapat perkara baik yang berlaku yang mana kita masih lagi boleh berjalan bebas, masih juga Chong wei berpeluang mengalahkan Lin Dan pada pertandingan baru2 ini, Pasukan bola sepak Sabah juga semakin hebat bermain dan sebagainaya...Jika kita lihat kebaiikan yang masih kita kecapi pada hari ini, kita akan lebih kepada bersyukur jika melihat masih lagi terdapat mereka2 yang tidak bernasib baik di negara mereka sendiri, Tapi walauapapun itu, banyak lagi yang perlu di perbetulkan dan dilakukan untuk terus melangkah ke arah kemajuan bersama.
Ini semua berpunca daripada tetangan dari PR yangtidak menentu. tetapi UMNO tetap akan berusaha untuk memajukan Negara. Kita mengharapkan, supaya kerajaan tidak akan sia-siakan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sekarang.
walau apa jua ujian dan ramalan, UMNO tetap mempunyai masa depan yang baik bersandarkan kepada kemampuan parti itu melakukan pengubahsuaian dan penyesuaian bagi menangani cabaran domestik dan global. walau bagaimanapun, UMNO masih perlu terus berjuang meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang ekonomi tanpa mengancam dan menjejaskan kepentingan kaum2 lain..
kepada pembangkang, perlu diingatkan, rakyat juga sedar siapa sebenarnya yang memainkan peranan utama dalam menggagalkan dasar2 atau usaha2 kerajaan. kegairahan pihak pembangkang menjatuhkan kerajaan secara tidak langsung telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosial negara. oleh itu, jangan terlalu yakin hanya kerana laporan terbaru yang dikeluarkan oleh The Economist Intelligence Unit.. rakyat juga akan berfikir mampukah PR menerajui kerajaan sedangkan selama ini tidak terlihat kemampuan PR dalam mentadbir negara, malah terdapat perbezaan ideologi antara PKR, PAS dan DAP.
Rakyat knows what is best for them.
BN masih lagi mendapat sokongan kuat dari rakyat. apa pun usaha untuk memajukan diri perlu terus dilakukan. setakat ini PR banyak mengkritik tapi apa yang mereka telah lakukan untuk rakyat???
BN dan PR masing2 ada penyokong sendri, apapun, dalam PRU 13 nnti, kita akan lihat parti mana yang mendapat sokongan sepenuhnya dari rakyat.
Mana ada UMNO merupakan ancaman besar kestabilan negara... Adakah kenyataan ini bersifat politik atau sebagainya? Utamakanlah keamaanan negara.
Politik memang politik tapi perlu menghadkan politik, mempolitikkan pelbagai perkara boleh menimbulkan pelbagai perkara yang tidak diingini dan tidak disenangani oleh pihak2 lain.
Kestabilan negara harus diletak di tempat utama. Pihak yang gila kuasa harus rakyat menyingkirkan. Jangan beri peluang pada golongan ini.ess
Apa guna berkuasa jika kestabilan negara terjejas?
Adakah mereka akan rasa aman tinggal dalam sebuah negara yang huru-hara?
Catat Ulasan