KOTA KINABALU: Keretakan dalam PKR semakin melebar apabila Naib Presiden Jeffrey Kitingan menuduh Ketua Umum Anwar Ibrahim menghancurkan rancangan damai yang termeterai lewat tahun lepas untuk memulihkan perpaduan dalam parti itu di Sabah.
Jeffrey berkata PKR mempunyai dua pilihan tahun sudah. Pilihan pertama ialah mengambil tindakan disiplin sama ada digantung atau dipecat mereka yang terlibat dalam rancangan untuk menubuhkan parti baru dan pilihan kedua ialah mencari jalan perdamaian.
Beliau berkata, parti telah memilih untuk berdamai dan bersetuju memenuhi beberapa tuntutannya. Sebagai balasan, 12 penyokongnya bersetuju menarik balik permohonan untuk menubuhkan Parti Cina Sabah.
"Parti tidak boleh membubarkan rancangan damai dan kembali kepada pilihan untuk menghukum mereka yang terlibat dengan keras.
"Ini mencerminkan imej buruk mereka yang membuat keputusan dalam parti di peringkat pusat," kata Jeffrey.
FMT difahamkan bahawa Jeffrey menasihati Anwar supaya menangguhkan jadual lawatannya ke Menggatal, Putatan dan Papar esok kepada satu tarikh yang lain.
14 ulasan:
nampaknya masalah dalaman PKR Sabah ni semakin jelas kelihatan. perpecahan seperti ini menampakkan kelemahan PKR..
nampaknya masalah dalaman PKR semakin serius. PKR bukanlah sebuah parti politk yang kukuh.
pekara ini menunjukkan PKR sebagai parti yang sedang bermasalah. ini boleh menimbulkan perpecahan dikalangan pemimpin PKR.
nampaknya PKR juga tidak kukuh seperti yang disangkakan. keretakan disebabkan konflik dalaman ini cukup untuk menyedarkan rakyat supaya membuat keputusan tidak memilih PKR... kukuhkan parti sebelum meluaskan pengaruh..
inilah menandakan jangan suka jaga tepi kain parti lain, tapi parti sendiri tidak dijaga. tengok sekarang. anli sendiri mahu menubuhkan parti sendiri untuk menegakkan keadilan.
PKR sekarang telah menampakkan kelemah mereka dalam parti mereka itu. mereka sendiri pun tidak pasti boleh kukuh atau tidak. BN tetap yang terbaik untuk semua.
PKR Sabah sememangnya sudah punya masalah sejak dari tahun lepas hingga ke awal tahun ini, semuannya gara2 Anwar tidak ambil kira sensitiviti Sabahan dalam memilih pemimpin tertinggi...
Sekarang ni memuncak kembali pula...maybe this time Jeffrey will be going out from PKR for good & help his supporter to form the much anticipated Parti Cinta Sabah ...
Kesian juga PKR ni.. mcm retak mennati belah pula.. huhu
Hal ni tak ketara sangat kalau ahli PKR tak suka mengata akan hal pihak lain... Tapi ini tak, asyik nak komplen parti lain; tengok sekarang terdedah sudah masalah dalam kain sendiri... hhmmm
Betul tu lafizah.. na sekarang kain sendiri sudah koyak.. hehhehe
Jadi jahitlah sebelum tambah koyak :P
Hal ni pasti akan menyedarkan rakyat bahawasanya PKR hanya pandai cakap hal orang. Perpecahan dalam parti adalah sesuatu yang sepatutnya dielakkan bagi memastikan kepercayaan rakyat tidak goyah!!!
Apapun, saya harap PKR akan ambil iktibar akan hal ni. Lain kali jangan suka jaga tepi kain orang; fokus kepada kain sendiri dan pastikan takda kepincangan.. hehehe
Walaubagaimanapun, rakyat akan memilih parti yang paling sesuai untuk memimpin negeri kita berdasarkan prestasi setiap parti.
PKR mmg byk masalah.. mereka perlu selesaikan dulu masalah mereka. rkyat takkan memilih parti yang bermasalah.
Catat Ulasan