Selasa, 2 Februari 2010

Empat lelaki didakwa kes bakar gereja dan sekolah di Taiping

SINAR HARIAN ONLINE


TAIPING- Empat daripada tujuh lelaki yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes cubaan membakar dua buah gereja dan sebuah sekolah di sini pada 10 Jan lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh adalah Andidi Rosidi, 22, Muhammad Azreen Rosli, 18, Abdul Fattah Shaharuddin, 29 dan Muhamad Ab. Wahab, 20, kesemuanya dari Kamunting dekat sini menghadapi tiga pertuduhan berasingan melakukan khianat dengan api ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Gereja Katolik St Louis dan Gereja All Saints, pada 10 Jan lepas.

Andidi didakwa melakukan kesalahan itu di SMK Convent manakala Muhammad Azreen didakwa melakukan kesalahan serupa di Gereja Katholik St Louis, kedua-duanya di Jalan Convent, antara 12.01 pagi hingga 3.30 pagi manakala Abdul Fattah dan Muhamad didakwa melakukan khianat di Gereja All Saints, di Jalan Taming Sari, juga pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, kesemua mereka yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Fattah dan Muhamad turut didakwa mengikut Seksyen 34 kanun yang sama.-Bernama

Tiada ulasan: