SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM – Kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha kelmarin yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) sedang ‘berdarah’ dikecam hebat oleh pemimpin PR terutamanya Penasihat DAP, Lim Kit Siang.:
Menurutnya, kenyataan mengejut dari seorang pemimpin MCA berhubung isu berkenaan amat pelik kerana isu-isu penting lain sebelumnya tidak diambil peduli langsung contohnya seperti isu 1Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB), isu rasuah dan mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung isu penggunaan nama Allah.
“Terima kasih kepada Cho Ha kerana mengambil berat, yang mana kenyataan seperti itu bukti satu kesungguhan dari ‘ahli politik yang mati’ (Menteri MCA dan pemimpin).
“Rakyat Malaysia sudah berhenti bertanya kenapa Menteri MCA gagal bersuara dalam Kabinet di mana mereka seolah-olah langsung tidak mempedulikan isu-isu penting negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menjelaskan DAP dan PR tidak takut untuk mengakui memang terdapat ‘pendarahan dalaman’ tidak seperti pemimpin MCA yang sering menidakkan perkara tersebut walaupun secara terang perpecahan berlaku dalam MCA.
“Mengaku terdapat pendarahan adalah langkah awal untuk mengubati dan tidak menjadi ahli politik yang mati seperti pemimpin MCA,” katanya.
Semalam, memetik kenyataan Cho Ha dari akhbar: The Star:, beliau mendakwa pendarahan dalam PR permulaan kepada komplikasi perubatan yang lebih serius contohnya pendarahan otak boleh menyebabkan kelumpuhan.
Katanya, pendarahan dalaman ini memang sudah dijangkakan kerana ketiga-tiga pemimpin PR memang mempunyai ideologi politik yang berlainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan