Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Hak Asasi manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menemui Raja Azman Raja Petra, di Penjara Sungai Buloh esok untuk berbincang dengan anak Raja Petra Kamarudin itu dan pihak penjara berhubung laporan media mengenai keadaannya di penjara serta perkara lain yang berkaitan.
kumpulan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi esok akan diketuai oleh pesuruhjaya Suhakam, Datuk N siva Subramaniam.
Terdahulu, Raja Azman dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur.
Dia dijumpai dalam keadaan lemah dalam sel penjaranya oleh petugas dari penjara Sungai Buloh semasa melakukan tugas rondaan pada Selasa petang.
Laporan itu menyebut Raja Azman, yang mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan, segera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan keadaannya dilaporkan stabil.
Bapa mangsa, yang menulis dalam laman blognya Malaysia Today, mendakwa Raja Azman mengambil tindakan drastik itu memandangkan dia tidak lagi dapat manahan siksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara.
Doktor yang merawat Raja Azman Raja Petra dilaporkan mengambil keputusan tidak perlu menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan mata pisau cukur di dalam perutnya.
Menurut peguamnya, doktor berkenaan berpendapat mata pisau yang patah dua itu perlu dibiarkan keluar secara semula jadi.
Peguam yang tidak ingin dikenali itu juga dilaporkan berkata, keadaan Raja Azman Petra adalah stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan