Jumaat, 26 Februari 2010

Wang Ehsan: PM dan TPM Tak Hiraukan Maulidul Rasul.

Oleh laniisma

Sempena sambutan Maulidul Rasul PM memberi kenyataan supaya umat Islam mencontohi dan mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia adalah ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Jadi nampaknya Najib tidak mengendahkan sangat dengan apa yang disebutkannya tentang sifat Rasullullah. Hari ini kenyataan Najib "Kerajaan Pusat akan bagi dan kita akan bagi kepada siapa yang akan terima, siapa yang tidak terima terpulang kepada dia, tentu ada orang yang nak terima,". PM ingin memberikan kepada yang hendak menerima, bukannya kepada yang berhak menerimanya. Di mana sidiq dan amanah Najib seperti yang disebut semalam. Kalau yang hendak menerima, nampaknya ada pihak yang ternganga luas mulutnya ingin wang tersebut. Ramai yang menadah, dan sesiapapun boleh menadah. Senangnya memberi kenyataan mencontohi Rasullullah.

Begitu juga TPM hairan dengan tindakan serta kenyataan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah berhubung keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai penjelasan sudah diberikan. Tak diendahkan juga dengan semangat cinta Rasullullah. . Rasullullah pernah ditegur sahabat dan baginda akan menerimanya.Orang lebih mempercayai Ku Li daripada Muhyiddin Inikan Umno tidak boleh ditegur lansung, lebih-lebih lagi oleh ahli sendiri semacam Umno tidak pernah bersalah. Ku Li menyatakan yang hak tentang royalti minyak dan siaran akbar dibuat Umno.

Mereka bercakap tentang Maulidul Rasul hanya untuk menyedapkan mulut menyebut, menyedapkan telinga mendengar. Sepatutnya mereka terdahulu memperjuangkan apa yang hak sempena kelahiran Rasul. Nampaknya juga tiada harapan kepada Umno dalam hal-hal sebegini.

http://www.ek-ele.co.cc/

Tiada ulasan: