Beberapa pemimpin pelajar menyifatkan cadangan kerajaan untuk memecat pelajar yang terbabit dalam perhimpunan membantah medesak demokrasi kampus dipulihkan sebagai tidak matang.
“Saya berpendapat ia bukan sahaja tidak wajar dan tidak adil. Lagipun perhimpunan dilakukan secara aman. Ia tidak agresif ataupun subversif. Ia adalah perhimpunan memperkenalkan demokrasi,” katanya.
Perhimpunan cara pelajar luahkan pendapat
Lebih penting lagi, menurut Muhammad Hilman menjelaskan, perhimpunan itu adalah cara bagi pelajar meluahkan pendapat mereka.“Sebagai pemimpin masa depan, kita mesti diberi peluang meluahkan pendapat tanpa batasan,” katanya.
Bagi pengerusi, Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah) Mohd Aizat Mohd Salleh perkara itu sebenarnya di luar bidang kuasa Kementerian Pelajaran Tinggi.
“Ini sebenarnya di bawah bidang universiti. Kementerian tidak mempunyai kuasa untuk memecat.
“Mereka boleh mengeluarkan arahan kepada universiti tetapi universiti mempunyai autonomi. Sebagai contoh, dalam arahan e-undi, tidak semua universiti memilih untuk mengikut arahan itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan