Oleh: SALIHIN LADJA MURA (sabahkini)
OPERASI Khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna seringkali ‘menjaring angin’ kerana gagal memberkas pengedar VCD/DVD cetak rompak dan VCD/DVD Lucah yang semakin berleluasa di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Menurut maklumat dalaman KPDN, berlaku kebocoran maklumat oleh pihak penguatkuasa sehingga operasi mengalami kegagalan disebabkan para pengedar VCD/DVD berkenaan tidak beroperasi ketika serbuan dilakukan.
“Kita sudah bayar kepada pegawai atasan untuk jaga kita. Sampai sekarang ‘line clear’ dan kami boleh berniaga, tapi hari ini kita tidak berniaga. Boss kata ada operasi, jadi kami tidak menjual,” ujar Mail Lajim yang menjual VCD/DVD di Sinsuran sejak lima tahun lalu.
Menurut tinjauan sabahkini.net, Sinsuran adalah syurga VCD/DVD lucah di Kota Kinabalu dan dijual secara terbuka dan walaupun laporan telah dibuat tidak ada sebarang tindakan diambil KPDN.
Sebaliknya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa menyerbu beberapa pusat mencetak rompak dan kilang mengeluarkan VCD/DVD dan pusat pengedaran terbesar, namun sehingga kini ‘penjenayah’ berkenaan belum didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan