Wartawan Buletin
SETIU – Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman Ibrahim mempersoalkan kemampuan Umno untuk membuktikan mereka adalah juara rakyat atau sebaliknya khianat kepada rakyat.
Katanya, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Umno akan melancarkan program raksasa 'Umno Juara Rakyat' bermula Januari depan sehingga pilihanraya umum 13 akan datang.
Menurutnya, Muhyidin berkata, program tersebut merangkumi pelbagai jenis bidang seperti pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawan, ekonomi, sosial dan lain-lain.
“Mampukah Umno menggerakkan semua program yang besar dan hebat ini berasaskan jentera dan kekuatan kewangan parti (Umno) semata-mata?”soalnya ketika dihubungi Buletinonline semalam.
Beliau berkata, sebenarnya, Umno tidak mampu bergerak sedikitpun kecuali dengan 3M memang telah sinonim dengan mereka iaitu Money (wang), machinery (jentera kerajaan) dan mass media.
Katanya amalan penyelewengan menggunakan bajet kerajaan dalam urusan parti telah menjadi lumrah Umno.
Oleh itu katanya, Umno masih belum berubah dan belum bersedia untuk berubah atau sememangnya mereka tidak mampu berubah.
Justeru, beliau mengajak pemimpin Umno, sekiranya merasakan mereka ‘ masih bermaruah’ agar beraksi di atas padang yang sama rata, dengan kekuatan jentera dan strategi sendiri serta berhenti salahgunakan wang rakyat.
”(Setelah itu) Kalau benar mereka muncul juara, kita solute!(tabik) kerana mereka adalah juara yang bermaruah!”tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan