Selasa, 8 Disember 2009

Doa Tok Guru Menakutkan UMNO Satu Malaysia

Oleh Tulang Besi


Baru-baru ini Tok Guru Nik Aziz telah mendoakan supaya mereka2 yang terlibat di dalam menghalang wang royalty disalurkan ke Kelantan dipecahkan perut mereka oleh Allah SWT. Hasilnya, UMNO satu Malaysia sekarang ini memusuhi Tok Guru Nik Aziz kerana doa beliau itu. .

UMNO-UMNO yang veteran masih ingat betapa sejurus peristiwa Memali, Tok Guru Nik Aziz telah berceramah seluruh Malaysia. Di dalam ceramah beliau, akan diakhiri dengan doa dan antara doa beliau adalah supaya Allah SWT memporak perandakan UMNO dan memecah belahkan UMNO.

Tidak sampai 5 tahun selepas Tok Guru Nik Aziz berdoa sedemikian secara terbuka, UMNO betul-betul pecah kepada Team A dan Team B. Selepas itu, UMNO berpecah kepada UMNO Baru dan Semangat 46. Kalaulah tidak kerana sokongan dari Anwar Ibrahim, sudah tentu lama dah UMNO akan terlungkup di Malaysia ini.

Doa Tok Guru ini sudah terbukti banyak kali menyakitkan serta mengagalkan perancangan UMNO terutamanya apabila PAS berada di tahap kritikal selepas 2004 misalnya. Namun, Alhamdulillah, doa Tok Guru berkesan dan berjaya menghalang kesemua perancangan jahat UMNO.

Siapa boleh lupa sebelum pilihanraya 2008 apabila Tok Guru telah mendapat laporan bagaimana akan berlaku satu usaha jahat untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan. Sehingga ada gambar bagaimana Tok Guru merintih meminta bantuan dari Allah SWT sehingga menitiskan air mata.

Akhirnya perancangan UMNO digagalkan oleh Allah SWT sehingga seorang yang bertangunggjawab terhadap pengundi hantu telah menyerah diri pada malam sebelum PRU 2008 itu. Malahan bukan setakat itu, doa Tok Guru telah menyebabkan UMNO hancur di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Sememangnya rahsia utama Tok Guru dalam mengekalkan pemerintahan di Kelantan adalah doa dan solat hajat. Tok Guru boleh memanggil solat hajat hatta qiyamulail dan semua KAwasan di Kelantan akan menghantar wakil mereka.

Sehingga ada satu artikel saya pernah baca yang ditulis penulis antarabangsa yang mengesahkan betapa solat dan doa itu adalah satu senjata yang paling ampuh bagi Tok Guru sepanjang pemerintahan beliau di Kelantan selama 20 tahun.
Kita lihat respon dari pemimpin-pemimpin UMNO kesemuanya menampakkan ketakutan yang amat sangat. Mereka tahu, Tok Guru Nik Aziz berada di pihak benar, dan mereka berada di pihak yang zalim. Mereka tahu mengikut undang-undang negara, tiada alasan bagi mereka untuk tidak membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga sedar isu solat hajat ini akan menyedarkan rakyat terutama rakyat Kelantan bahawa UMNO adalah perompak negeri Kelantan. Wang Ehsan yang mereka hendak beri itu adalah satu bentuk penipuan dan akan membiakkan rasuah yang amat sangat.

Majoriti dari wang itu tidak akan sampai kepada rakyat kerana perbelanjaan wang tersebut tidak tertakluk kepada ketelusan dan tidak dapat dibentangkan di Parlimen untuk dipantau perbelanjaannya. Semua wang tersebut akan disalurkan pada UMNO2 Bahagian di Kelantan dan biasanya ia digunakan untuk menggemukan pimpinan-pimpinan UMNO di Kelantan. Itu sahaja.
Kalaulah September 16 berjaya tempohari, nescaya isu royalty Kelantan ini tidak terjadi. Sesiapa yang bertanggungjawab mengagalkan Sept 16, juga bertanggungjawab ke atas kegagalan Kelantan mendapat royalti minyak ini.

Tiada ulasan: