Khamis, 17 Disember 2009

Blogger tak beretika, Utusan paling beretika?

A. Nuri


Datuk Hismauddin Tun Hussin semalam dalam satu kenyataan di Terangganu berkata ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul.

"Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan. Inilah yang membezakan kita dengan mereka.

Maknanya akhbar seperti Utusan Malaysia dan sewaktu dengannya merupakan akhbar yang paling beretika dalam abad ini.

Jika tidak mana mungkin ada kempen boikot akhbar berkenaan dan diharamkan dibekalkan di pejabat kerajaan negeri dan agensi di bawahnya di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Maka tidak hairanlah juga kerana etika kewartawanan itu menyebabkan akhbar berkenaan bermurah hati membayar saman fitnah seperti yang dimenangi oleh Datuk seri Anwar Ibrahim, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Mahfuz Omar.

Khabarnya banyak lagi 'derma' yang akan diberi oleh akhbar berkenaan kepada pimpinan lain Pakatan Rakyat yang sedang menunggu kes saman terhadap akhbar yang beretika itu dibicarakan di mahkamah.

Selain itu disebabkan beretikanya akhbar berkenaan maka jualan akhbar berkenaan terus merosot dari tahun ke tahun.

Tahniah kepada akhbar berkenaan kerana mendapat anugerah dan pujian etika kewartawanan dari Hishamudin.

Tiada ulasan: