Drs Khalil Idham Lim
Ramai yang bertanyakan kepada saya sehinggalah ke saat ini kemanakah perginya kereta resmi MB Pakatan Rakyat Perak dengan no pendaftaran AGS 10 yang menjadi berita sensasi dari saat pembeliannya sehinggalah lebih sensasi apabila dilelong oleh kerajaan kudeta di Perak.
Kini saya telah mendapat jawapan dan menjadi maklumat untuk semua yang bertanyakan kepada saya sebelum dari ini. Seperti yang dimaklumkan oleh sahabat dari negeri Kelantan yang mendapat maklumat tersebut saya suka untuk menghebahkannya dalam blog cina islam ini.
AGS 10 sehingga pada 10 November lepas dapat dikesan dan dilihat seperti gambar yang diambil diatas di sebuah kedai kereta terpakai di Kelang, Selangor iaitu KSS Automobile.
Menurut seorang pekerja disitu , kereta itu telah dibeli oleh seorang berbangsa Melayu dengan harga RM 160,000 semasa dilelong untuk kali pertama dan di tawarkan dengan harga jualan RM 140,000 tetapi no pendaftaran AGS 10 akan diambil oleh pemilik Melayu itu.
Begitulah nasib yang belaku kepada kereta yang pernah menjadi kereta resmi MB Pakatan Rakyat, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin pada suatu masa dulu.
Nampaknya kereta ini terpaksa kehulu dan kehilir juga seperti kami para ADUN pakatan Rakyat demi untuk mengembalikan kuasa yang telah dirampas.
Tetapi AGS 10 kalaulah dia boleh bercakap, tentu dia akan bertanya kenapakah sampai sejauh itu saya kena lelong untuk kali ke 2, tidak ada lagikah orang Perak yang sanggup membeli saya ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan