Ahad, 28 Jun 2009

Selangor Berjaya Kurangkan 50 Peratus Kes Demam Denggi

TV SELANGOR


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya mengurangkan hampir 50 peratus kes demam denggi pada minggu lalu, berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, ia dicapai dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Selangor dan kerajaan negeri.

Menurutnya, Selangor merupakan antara negeri tertinggi mencatat kes demam denggi, khususnya di Shah Alam, Subang Jaya dan Klang.

Dr.Xavier berkata demikian ketika melancarkan Program Cegah Denggi Dun Batu Tiga di Seksyen 24, Shah Alam, pagi tadi.

ADUN Batu Tiga yang juga Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Dan Inovasi, Rodziah Ismail, turut hadir.

Dr Xavier berkata, kepadatan penduduk di sesebuah kawasan seperti Seksyen 24 ini, memudahkan nyamuk aedes menyerang mangsa dalam jangka masa yang singkat.

Dr Xavier juga turut menyarankan agar penduduk di setiap kawasan terbabit meluangkan masa 10 minit setiap hujung minggu bagi menjaga membersihkan kawasan masing-masing.

Tiada ulasan: