Mohd Sabri Said
PULAU PINANG - Dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Dato' Azhar Ibrahim kononya borang miskin tegar yang diedarkan oleh Kerajaan Negeri mengandungi lambang parti DAP.
Speker Dun Pulau Pinang, Abdul Halim Husain ketika diminta menjelaskan tohmahan tersebut membidas dakwaan itu sekaligus meminta Dato' Azhar mengemukakan bukti apa yang diperkatakan.
"Jangan buat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti kerana di borang itu hanya tertera lambang Kerajaan Negeri dan nombor siri untuk memudahkan urusan pentadbiran terutamanya bahagian rekod.
"Dato' Azhar kena tengok betul-betul borang itu mana ada sebarang lambang parti. Jika ada mungkin Umno yang buat dan memberikan pada Dato' Azhar untuk tujuan memburukan Kerajaan Pakatan Rakyat, " ujarnya.
Sementara itu Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Othman ketika ditemui di forum Penerangan di tapak ekspo Seberang Jaya berkata, tuduhan yang dibuat oleh Dato' Azhar tidak lojik kerana beribu-ribu borang yang diedarkan tiada siapa membantah adanya lambang parti seperti DAP.
Jika ada pastinya MCA, MIC turun mengatakan bantahan yang sama tetapi kenapa parti itu tidak buat sesuatu sebaliknya Ketua Pembangkang pula yang kalut dan mengarut tidak tentu fasal.
"Sepatutnya beliau melihat dengan mata di mana lambang yang tertera bukan buat tuduhan melulu atau beliau sengaja mencari publisiti murahan untuk meningkatkan imej Umno yang telah pudar, " terangnya. - azm _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan