Selasa, 30 Jun 2009

Lebih 100,000 rumah tidak terjual sejak 2005

KOSMO!


KUALA LUMPUR - Sebanyak 111,809 unit rumah bernilai kira-kira RM19.905 bilion tidak terjual di seluruh negara dari tempoh 2005 hingga 2008, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha.

Berdasarkan statistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, pada tahun 2005 sejumlah 25,046 unit rumah membabitkan (RM4.069 bilion), 2006 (31,253 unit bernilai RM5.843 bilion), 2007 (29,481 unit bernilai RM5.515 bilion) dan 2008 (26,029 unit bernilai RM4.476 bilion) unit kediaman tidak terjual.

"Sememangnya wujud hartanah yang tidak terjual dalam pasaran perumahan terutamanya di sekitar Lembah Klang. Ini disebabkan beberapa faktor termasuk harga dan lokasi yang tidak sesuai dengan pasaran.

"Satu kajian pasaran yang komprehensif perlulah dilaksanakan oleh pihak pemaju sebelum membangunkan sesuatu kawasan itu," katanya dalam soalan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di Dewan Rakyat semalam.

Tiada ulasan: