Ahad, 19 April 2009

Dakwaan Campur Tangan Terhadap Kuasa Speaker Silap: Ngeh minta Nazri teliti kenyataan bekas Hakim Rayuan

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengulas kenyataan Pengerusi Dap Perak Ngeh Koo Ham yang menyatakan bahawa beliau membuat kenyataan bodoh sebagai satu serangan peribadi.

“Itu merupakan satu kenyataan bodoh daripada seorang peguam bagi saya,” kata Mohamed Nazri yang dipetik dari laporan Bernama hari ini.

Menurut Bernama, Mohamed Nazri berkata Ngeh sebagai seorang peguam sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan bukannya mengeluarkan kenyataan bodoh mendakwa bahawa mahkamah telah mencampuri hal legislatif.

“Kalau kenyataan saya bodoh maka sepuluh lagi peguam lain yamg menyokong kenyataan saya juga bodoh termasuk termasuk bekas hakim mahkamah rayuan N.H Chan seperti yang beliau jelaskan dalam kenyataannya,” jelas Ngeh kepada Suara Keadilan

Dalam kenyataan yang sama, Mohamed Nazri berkata “Dia (Ngeh) sepatutnya sebagai seorang peguam mesti menghormati keputusan mahkamah. Kalau dah peguam tidak menghormati, macam mana rakyat biasa akan akur kepada setiap keputusan yang dibuat mahkamah. Pada saya tidak syak lagi keputusan mahkamah itu adalah tepat dan betul,” katanya.

Dalam laporan berkanaan menyatakan bahawa dakwaan Ngeh, keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak V. Sivakumar menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco daripada menghadiri persidangan Dewan sebagai satu bentuk campur tangan kuasa seseorang Speaker adalah satu kenyataan yang silap.

Beliau membidas Ngeh dengan berkata tidak timbul soal badan kehakiman mencampuri hal legislatif berhubung keputusan itu kerana mahkamah sebenarnya adalah tempat terbaik untuk mendapat penyelesaian berkenaan dengan tafsiran sesuatu perlembagaan ataupun undang-undang.

“Untuk menjadi seorang peguam, kami telah dididik untuk menggunakan perkataan yang tidak berbaur penghinaan kepada sesiapa, jika tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat maka kami akan berkata ‘tidak bersetuju’ atau ‘bersetuju’ dengan pendapat dan bukannya berkata sebarang pendapat itu ‘bodoh’,” jelas Ngeh.

“Ini adalah satu serangan peribadi terhadap saya,” tegas Ngeh

Ngeh mengesa Nazri memahami artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti kenyataan yang di buat bekas hakim mahkamah rayuan N.H. Chan sebelum membuat sebarang kenyataan dengan serangan peribadi seperti itu.

Petikan dari kenyataan N.H.Chan berbunyi:-
(This is a perverse judgment of the Federal Court. It is perverse because it is a decision that was made in blatant defiance of Article 72(1) of the Federal Constitution which says, “The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court”. The judges of the Federal Court have failed the people and the Government of this country when they chose to ignore the law of the Constitution of Malaysia. In other words the judges have refused to do justice according to law.

Incidentally, ultra vires does not mean “outside the law”. It means “outside one’s jurisdiction, beyond the scope of one’s power or authority”.)

“Ini adalah keputusan yang bertentangan dengan Mahkamah Perekutuan. Ini bertentangan kerana keputusan yang dibuat dalam secara kasar dan kurang tepat dalam artikel 72(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi - “kesahihan dalam mana-mana perbicaraan dalam persidangan pembuntukan undang-undang persidangan dalam negeri tidak boleh di pertikaikan dalam mana-mana mahkamah”.

“Hakim mahkamah persekutuan telah mengecewakan rakayat dan kerajaan di negaran ini dengan menafikan hak rakyat apabila beliau (hakim) membelakangi undang-undang perlembagaan Malaysia. Dalam kata lain hakim Mahkamah Persekutuan tidak berlaku adil mengikut undang-undang.

Kebetulan, ultra vires dalam konteks ini tidak bermaksud ‘diluar perundangan’ tetapi bermaksud ‘diluar bidang kuasa pentadbiran perundangan, melampaui skop kuasa mahkamah.”

Menurut Nazri “undang-undang tidak berhajat memberikan seseorang Speaker dengan satu kuasa yang tidak terbatas, lebih-lebih lagi jika tindakan Speaker itu jelas tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang ada.”

“Kita semua tahu daripada segi prosedur, itu (tindakan menggantung) salah tapi dia (Sivakumar) kata dia betul. Jadi untuk menentukan siapa betul siapa salah, kita pergi ke mahkamahlah untuk mendapat tafsiran sebenarnya berkenaan dengan perlembagaan dan juga peraturan Dun.

Nasihat Ngeh supaya Nazri meneliti kenyataan Hakim Chan sebelum melatah.

Tiada ulasan: