Editor Buletin Online
Tindakan 10 ADUN legasi ‘penderhaka krisis perlantikan’ Dato’ Ahmad Said setahun lalu, kini kembali lagi di ketuai oleh tokoh yang sama, Dato’ Rosol
Rosol menjadikan Kelab ‘backbenchers’ sebagai tunggangannya kali bagi menggempur Ahmad.
Dengan panglima-panglimanya, seorang peguam yang juga ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah dan seorang pemikir bekas guru yang juga ADUN Jabi, Cikgu Ramlan
Mereka sudah berterus-terang untuk menelanjangkan segala apa yang mereka dakwa sebagai ‘kelemahan MB Terengganu mentadbir negeri Terengganu’.
Satu laporan difahamkan telah didedahkan kepada pihak media dan juga dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang baru.
Namun, apa yang dikatakan sebagai ‘Laporan kelemahan MB Terengganu’ itu sebenarnya adalah tindakan Ahmad Said mencantas orang-orang yang menyokong atau dianggap sebagi penyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Idris Jusoh.
Dan apa yang didakwa sebagai laporan itu sebenarnya perkara yang sudah lama menjadi percakapan dikalangan rakyat Terengganu yang mengikuti sesi perbalahan ‘marathon’ Idris-Ahmad.
Antaranya adalah seperti dibawah;
1. Ahmad meletakkan mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.
2. Ahmad didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Idris termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.
3. Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.
4. Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri
5. Pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.
6. Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
7. Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."
8. Ahmad juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008."
Bagi Ahmad ia bukan satu kesalahan bahkan ia satu pembaharuan yang mesti dilakukan.
Ahmad mesti membersihkan ‘saki baki’ penyokong kumpulan ‘Pengkhianat’ yang telah membelanjakan wang royalti, milik rakyat dan kerajaan negeri Terengganu dengan boros dan membazir.
Sewaktu menjawab soalan tentang royalti dalam Sidang DUN baru-baru ini, ADUN Wakaf Mempelam telah bangun dan mencelah dengan mengatakan ‘penderhaka dan pengkhianat’ kepada mereka yang telah menghabiskan dan menjahanamkan duit hasil emas hitam itu.
Ahmad membalas, jangan panggil penderhaka tetapi panggil pengkhianat.
Semua hadirin dan para pendengar siaran langsung Sidang DUN tahu, ia ditujukan kepada Idris yang menjadi Menteri Besar ketika membenarkan kerajaan pusat menggunakan wang royalti berjumlah berbilion ringgit untuk menyiapkan projek-projek yang sepatutnya dibiayai oleh kerajaan Persekutuan.
Bayangkanlah, sebelum ini sudah berkali-kali Ahmad membuat kenyataan sinis dan kritis tentang projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Idris.
Tahun lalu, kes Proton Perdana V6 yang menggemparkan sehingga perbelanjaan pembaikiannya mencecah jutaan ringgit, juga satu pukulan kepada Idris dan kumpulannya.
Justifikasinya, Ahmad membeli Mercedes untuk kereta rasmi Exco dan pegawai Tinggi Kerajaan Terengganu.
Tujuan disebalik pemnbelian Mercedes itu pastinya untuk memperlihatkan kepada dunia politik yang memandang, Ahmad lebih hebat dari Idris yang hanya menggunakan Proton Perdana, selain menarik sokongan 10 exco yang dilantiknya.
Majoriti daripada mereka (exco) masih berterima kasih kepada Idris kerana memilih mereka menjadi calon Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan