Sabtu, 25 Mei 2019

MUKHRIZ AKHIRNYA MENGAKUI KESILAPANNYA




Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir akhirnya memohon maaf atas tindakannya tidak bersalam dengan Sultan Johor.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Mukhriz dilaporkan mengakui ianya adalah kekhilafan beliau yang didorong oleh kealpaannya.

Tindakan tidak bersalam itu juga, menurut kenyataan itu lagi, tidak harus dilihat sebagai menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah keseluruhannya.

Dalam rakaman video yang tukar di media sosial, Mukhriz dilihat tidak bersalam dengan Sultan Johor ketika majlis pemakaman Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, semalam.

Ramai pengguna sosial mengkritik tindakan Mukhriz itu yang disifatkan tidak bersopan santun terhadap seorang Sultan.

Tunku Mahkota Johor turut berkongsi rakaman video tersebut di laman sosial baginda.

Apa pun, tindakan Mukhriz yang cepat-cepat mengakui kesilapannya dan memohon maaf adalah suatu tindakan terpuji sebagai seorang pemimpin, meskipun pejuang maya Bersatu tetap cuba mempertahan dan membela beliau dengan pelbagai hujah dan alasan.

Tetapi, dengan Mukhriz sendiri mengakui kesilapannya dan memohon maaf, bermakna tidak ada isu yang tidak boleh diselesaikan jika seseorang itu sentiasa berlapang dada dan sudi memohon kemaafan atas sesuatu kesilapan.

DAP tolong lupa konsep Malaysian Malaysia

Wartawan MalaysiaGazette
MGF18022019_CALON-BN-WALKABOUT02-681x454
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – DAP disarankan melupakan konsep Malaysian Malaysia kerana realitinya tiada bangsa Malaysia boleh terbentuk di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana Malaysia juga adalah negara multicultural dan akan kekal sebagai negara dengan kepelbagaian bangsa dan agama dengan bangsa Melayu serta Islam sebagai terasnya.

“Untuk merealisasikan konsep Bangsa Malaysia adalah amat mustahil sekali. Ia adalah retorik politik yang sedap diungkap untuk menjadi halwa telinga namun karakter Malaysia, seawal terbentuknya negara ini, ialah kemajmukan berbangsa, berbudaya dan beragama.

“Ini kerana setiap daripada warganegara Malaysia dibezakan dengan agama, bangsa, pengalaman politik serta bahasa

yang pelbagai,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia bermakna, kata Mohamed Khaled rakyat negara ini tidak pernah melalui proses untuk diasimilasikan sebagai sebuah bangsa kerana parti pemerintah kita sedari awal lagi memahami bahawa pemikiran, perwatakan dan citra pelbagai bangsa di negara ini harus dikekalkan sebagai identiti tersendiri tetapi di satu dan diikat melalui rasa kepunyaan kepada watan.

Lalu apa yang terbentuk ialah kewarganegaraan Malaysia yang dicirikan sebagai rakyat Malaysia bukan pembentukan sebuah bangsa dengan nama, identiti dan budaya yang seragam.

“Tujuannya ialah kerana kita tidak mahu mencipta sebuah ‘Naratif Malaysia’ yang membutakan mata ramai rakyat terhadap kepelbagaian yang ada.

“Kita mahu keunikan berbangsa, berbudaya dan beragama diraikan, dihormati dan dilestarikan. Kita juga tidak mahu ‘Naratif Malaysia’ terang-terangan menolak budaya Melayu dan agama Islam sebagai faktor penting dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa moden,” katanya.- MalaysiaGazette

Lima lelaki aktif seludup rokok haram ditahan

Wartawan MalaysiaGazette

MGD13112018_PDRM_03-7-681x454
.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran rokok seludup aktif di Lembah Kelang dengan penahanan lima lelaki Cina tempatan dan merampas 43,500 karton rokok seludup pelbagai jenama dalam OP Asap di sekitar Lembah Kelang baru-baru ini.

Operasi itu dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, turut merampas empat lori , sebuah kenderaan pelbagai guna, dua buah kereta dan sebuah forklif.Nilai rampasan rokok selepas cukai ditaksirkan berjumlah RM7.134 juta dan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM7.5 juta.

Pengarah JKDNKA, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – MalaysiaGazette

Balik, saya beri Jho Low jaminan keselamatan, kata IGP


   

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini mencadangkan supaya orang buruan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk kembali ke negara ini, sambil menjanjikan keselamatan ahli perniagaan itu dan keluarganya.

Hamid berkata Jho Low tidak boleh melarikan diri daripada undang-undang selama-lamanya, dan dia harus kembali jika dirinya benar-benar tidak bersalah serta membuktikannya di mahkamah.

“Kalau beliau atau mereka rasa tidak bersalah, balik (dan) hadapi proses undang-undang negara ini.
“Saya berikan jaminan atas kesealamatan dirinya, konon ada cerita dia balik akan ditangkap diseksa dan dibunuh, itu mengarut. Kita ada undang-undang, balik. jangan mengeluarkan statement (kenyataan) dari jauh guna peguam menidakkan itu, menafikan ini.

“Kenapa tidak dia sendiri balik ke sini. Saya berikan jaminan. Jaminan keselamatan pada dirinya, keluarganya, hadapi proses undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau sebelum itu melancarkan Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, hari ini.
Hamid berkata, selain Jho Low, enam lagi individu dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes 1MDB akan diberikan jaminan keselamatan.

“Jho Low dan rakannya boleh pulang ke Malaysia bersama peguam terbaik untuk membela mereka, jangan ingat boleh lari selamanya,” katanya.

Beliau juga mengulangi pihaknya mengetahui lokasi sebenar ahli perniagaan yang diburu itu berada namun tidak akan mendedahkannya kepada media.

“Kami tahu tempat persembunyian Jho Low dan rakannya dan polis menggunakan sumber yang ada termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar untuk mengesannya," katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Hamid turut menegaskan yang pihak polis  mengetahui keberadaan ahli perniagaan yang diburu itu namun enggan mendedahkannya kepada media.

We know where Jho Low and his friends are hiding (Kami tahu di mana Jho Low dan rakannya bersembunyi) dan polis menggunakan semua sumber yang ada termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar untuk mengesan Jho Low.

“Kami juga tahu di mana Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil berada,” katanya.

Hamid berkata, kes 1MDB menjadi keutamaan beliau sejak memegang jawatan Ketua Polis Negara awal bulan ini.

That (1MDB case) is my priority, we have to settle this 1MDB as soon as possible. (Itu (kes 1MDB) adalah keutamaan saya, kita perlu selesaikan 1MDB ini dengan secepat mungkin),” katanya.
Mengulas mengenai serbuan di firma juruaudit, Deloitte Malaysia semalam,  Hamid berkata polis sedang mengumpul beberapa dokumen yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan penyelewengan dana 1MDB.


Sultan Brunei pulangkan ijazah kehormat Universiti Oxford

MALAYSIAKINI

   

GLOBAL | Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan mengembalikan ijazah kehormat yang diterima dari Universiti Oxford susulan kritikan berhubung rancangan pelaksanaan hukuman sebat atau direjam hingga mati kepada golongan gay dan pesalah zina.

Perkara itu diumumkan Universiti Oxford pada 23 Mei, seperti dilapor Reuters hari ini.

Terdahulu, satu petisyen mengumpul kira-kira 120,000 tanda tangan setakat bulan lalu, menggesa universiti ulung itu menarik semula ijazah kehormat undang-undang yang dianugerahkan kepada baginda pada 1993.

Menurut Universiti Oxford, Sultan Hassanal Bolkiah telah mengambil keputusan untuk memulangkan ijazah tersebut di saat pihak universiti sedang menilai semula anugerah itu.

"Sebagai sebahagian proses semakan semula, kami telah menghantar notis kepadanya pada 26 April 2019, meminta pandangannya selewat-lewatnya 7 Jun.

"Menerusi surat bertarikh 6 Mei 2019, sultan mengambil keputusan untuk memulangkan ijazahnya," kata Universiti Oxford dalam kenyataan kepada Reuters.

Pada 28 Mac lalu, pihak berkuasa Brunei mengumumkan pelaksanaan hukuman rejam sampai mati terhadap warga beragama Islam yang melakukan zina dan seks sejenis, bermula 3 April.

Ia mengundang kritikan dunia termasuk daripada selebriti seperti George Clooney dan Elton John yang menggesa hotel mewah milik Brunei di Amerika Syarikat dan Eropah diboikot.

Awal bulan ini, Sultan Hassanal bolkiah mengumumkan hukuman itu tidak akan dilaksanakan dengan melanjutkan moratorium terhadap undang-undang itu.


Tidak semua 44 barang kemas dalam jagaan polis - peguam firma Lebanon

MALAYSIAKINI

   

Sebuah firma barang kemas dari Lebanon, yang menyaman isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung 44 barang kemas mendakwa bahawa tidak semua barang kemas berkenaan berada dalam penjagaan pihak berkuasa.

Global Royalty mengemukakan saman terhadap Rosmah pada 26 Jun tahun lepas, meminta dipulangkan 44 barang kemas yang dihantar kepada beliau untuk memilih atau membayar harga kesemua barang berkenaan yang berjumlah AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Peguam Datuk David Gurupatham, mewakili firma barang kemas itu, Global Royalty Trading SAL, memberitahu pemberita bahawa plaintif (Global Royalty) telah memeriksa barang kemas yang dirampas itu dan ia telah membuat kenyataan kepada polis bahawa tidak semua barang itu ada di situ (dalam penjagaan pihak berkuasa).

“Saya tidak boleh beritahu berapa banyak yang ada kerana kami belum mengemukakan dokumen yang perlu. Sebaik kami kemukakan barulah kami dapat menjelaskan kedudukannya. Jadi ini perlu ditentukan,” katanya ketika ditanya berapa banyak barang kemas milik pelanggannya berada dalam penjagaan pihak berkuasa.
Gurupatham berkata, oleh itu pelanggannya memohon untuk menjadi perantara dalam saman pelucuthakan kerajaan ke atas barang kemas itu yang dirampas, di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

“Kami telah menulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meminta butiran saman pelucuthakan itu. Mereka telah menjawab dan kini kami akan mencelah untuk tindakan.

“Kami akan mengesahkan sama ada barang kemas itu ada di situ dan apa yang tidak ada. Kemudian barulah kami akan meneruskan dengan perbicaraan,” katanya kepada pemberita selepas perkara itu timbul untuk pengurusan kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Wong Chee Lin.

Beliau juga berkata, mahkamah menetapkan 17 Sept dan dari 21-24 Okt untuk perbicaraan bagi saman dan 19 Ogos untuk pengurusan kes.

Pada 7 Mei, AGC telah mengemukakan satu notis pelucuthakan bagi beratus barang termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan dirampas daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan 13 individu dan syarikat dan kes berkenaan ditetapkan bagi pengurusan kes pada 8 Julai di hadapan Hakim Mohamed Zaini.

Pada 14 Feb lepas, Mahkamah Tinggi mengarahkan Rosmah untuk memeriksa dan mengesahkan dalam tujuh hari akan kewujudan 44 barang kemas yang dalam miliknya tetapi didakwa dirampas oleh polis.

Dalam samannya, Global Royalty mendakwa bahawa pada 10 Feb, 2018, mereka menghantar 44 barang kemas termasuk rantai berlian, subang, cincin, gelang tangan dan tiara, yang setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan dengan serahan tangan menerusi dua ejen.
Menurut syarikat berkenaan, semasa penghantaran itu, Rosmah mengesahkan dan menerima syarat-syarat serta peraturan dalam Memorandum No. 926 berhubung dengan barang kemas.

Ia juga mendakwa bahawa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, 2018, juga mengesahkan dan memaklumkan menerima barang kemas berkenaan tetapi berkata semua barang kemas itu tidak lagi dalam pemilikannya, dan ia telah dirampas dan kini disimpan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Global Royalty memohon pengisytiharaan mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik kepada 44 barang kemas itu selain daripada perintah itu bahawa pemilikan ke atas barang kemas berkenaan selain arahan bahawa pemilikan barang kemas itu tidak dipindahkan kepada defendan.

Ia juga memohon satu arahan mandatori kepada Rosmah agar menyediakan satu senarai barang kemas yang dirampas, agar barang kemas itu dikembalikan atau Rosmah perlu membayar barang kemas itu bernilai AS$14.79 juta (RM59.83 juta).- Bernama


Politik, politik juga tapi ingat dosa pahala, kata MB T'ganu


   
Semua pihak digesa berpolitik secara sihat dan mengelakkan diri daripada melakukan fitnah yang boleh mendatangkan dosa, kata Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cubaan pihak tertentu mengaitkan insiden membakar kereta rasmi mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini dengan Unit Amal PAS dan parti itu.

"Saya tidak mahu komen secara spesifik kerana perkara ini (kes bakar kereta Mufti Perlis) dalam siasatan pihak berkuasa, cuma saya ingin memberi saranan kepada semua pihak.

"Politik, politik juga, tetapi perkara benar kena nyatakan. Jangan cuba timbulkan kekeliruan dalam masyarakat," katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.

Menurut Ahmad Samsuri, sesuatu perkara yang telah menjadi fitnah sukar untuk diperbetulkan semula.

"Kerana satu perkara salah yang kita sampaikan kepada masyarakat dan (jika) terbukti apa yang kita sebut itu fitnah, bagaimana kita hendak betulkan persepsi yang berakar umbi dalam masyarakat?"

"Ia melibatkan soal dosa dan pahala, semua ahli politik dan orang awam harus elakkan diri dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa," katanya.

Ditanya apakah kenyatan beliau merujuk kepada Dr Asri, Ahmad Samsuri berkata: "Pada saya, kita kena lebih strain lagi, jaga diri masing-masing. Saya tidak kata dekat dia (mufti perlis) hanya secara umum sahaja.”

Pada 22 Mei lalu Jabatan Amal Malaysia (JAM) mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah JAM Mohd Nazree Mohd Aris berkata beliau pelik dengan penahanan tersebut dan langkah itu dibuat mungkin disebabkan JAM mempunyai kredibiliti yang sangat baik sebelum ini.

Susulan itu pengendali laman Facebook Mohd Asri memaparkan dua gambar anggota Jabatan Amal Malaysia bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dengan catatan kes berkenaan sebelum ia dipadamkan.

Tindakan itu kemudian menerima kecaman daripada Pemuda PAS.

Mohd Asri pada hari yang sama memohon maaf susulan tindakan pengendali laman Facebook beliau.

Bubar tribunal siasat bekas pesuruhjaya SPR beri mesej salah


   
Bekas pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata pembubaran tribunal yang meneliti dakwaan salah laku bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi mesej yang salah kepada orang ramai.

"Dengan membubarkan tribunal, ia memberi mesej tidak apa melanggar kesalahan pilihan raya dan perlembagaan asalkan sudah bersara atau letak jawatan sebelum dibawa ke muka keadilan.

"Ia bererti kakitangan pilihan raya boleh mendapat imuniti atas kesalahan yang mereka lakukan," katanya kepada Malaysiakini.

Maria yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya berkata keputusan untuk menghentikan prosiding tribunal itu sangat mengecewakan kerana isu yang diketengahkan bukanlah sama ada pesuruhjaya itu meletak jawatan secara sukarela atau tidak.

Jelas Maria, tribunal itu perlu melihat gambaran yang lebih besar, sama ada bekas pesuruhjaya berkenaan melanggar perlembagaan dan undang-undang negara ini dalam melaksanakan tugas.

Pembubaran tribunal ini akan menyebabkan persoalan berkenaan terus tidak berjawab, tambahnya.

"Pesuruhjaya SPR, ketika ini atau sebelum ini, perlu memegang piawai lebih tinggi dalam melaksanakan tugas penting, terutamanya untuk pilihan raya negara yang menyentuh hak setiap warganegara," katanya.

Seorang lagi bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan berkata, penghentian prosiding tribunal itu adalah "melepaskan peluang" untuk menghukum pesuruhjaya yang membuat kesalahan.

"Pembubaran tribunal ini membolehkan penjawat awam terlepas dari pemeriksaan dengan hanya meletakkan jawatan. Sangat memalukan," katanya kepada Malaysiakini.

Jawatankuasa pemandu Bersih turut menyatakan kekecewaan dengan pembubaran tribunal berkenaan.

Keputusan itu, kata mereka, akan memberi contoh buruk bahawa penjawat awam yang diamanahkan menjaga kepentingan rakyat dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan boleh terlepas dari diadili dengan hanya meletakkan jawatan sebelum tindakan diambil.

"Sekiranya tribunal itu diteruskan, panel dan orang awam akan berpeluang mendengar bukti bagaimana pesuruhjaya SPR melakukan kesalahan pilihan raya yang menjijikkan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, yang juga menafikan hak rakyat Malaysia untuk sebuah pilihan raya yang bebas dan adil pada PRU ke-14.

"Sebaliknya, enam pesuruhjaya itu bukan saja terlepas daripada diadili, namun akan terus menikmati kelebihan persaraan awal mereka," katanya.

Terdahulu, ahli panel tribunal menamatkan prosiding dengan keputusan tiga-dua, dan menyifatkan prosiding sebagai sia-sia.

Pengerusi tribunal itu, hakim bersara Mahkamah Persekutuan Steve Shim Lip Kiong mempersoalkan sama ada prosiding itu memberi manfaat kepada orang awam dan negara, sedangkan menurutnya, enam pesuruhjaya berkenaan sudah meletakkan jawatan.

Kesatuan ulama dunia bimbang laporan tiga bakal dipancung

ISMA WEB

IUMS ajak komuniti dunia adakan bantahan, gesa Arab Saudi, Mesir, UAE bebaskan ulama yang ditahan kerana bercakap benar


DOHA– Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) menggesa Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membebaskan serta-merta beberapa ulama terkenal dan tawanan yang dipenjarakan atas tuduhan tidak munasabah.

Pada masa sama, IUMS melahirkan kebimbangan berhubung laporan media bahawa tiga ulama dan pendakwah terkenal bakal dijatuhi hukuman pancung selepas sambutan Aidilfitri ini.

“Menyedari bahawa Arab Saudi tidak menafikan laporan media itu, IUMS melahirkan keprihatinan terhadap laporan bahawa tiga ulama iaitu Sheikh Salman Al-Ouda; Sheikh Dr Awad Al-Qarni; dan Sheikh Dr Ali-Al-Omari, akan dijatuhi hukuman selepas Ramadan ini,” kata IUMS dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, IUMS menggesa komuniti seluruh dunia menentang pelaksanaan hukuman itu, dan mengadakan bantahan aman di luar kedutaan Arab Saudi di seluruh dunia, dan di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rabu lalu, Middle East Eyes (MEE) melaporkan ketiga-tiga pendakwah terkenal Arab Saudi yang ditahan atas pelbagai tuduhan aktiviti ‘pengganas’ akan dihukum pancung selepas Ramadan ini.

Sheikh Salman, paling dikenali ramai di antara ketiga-tiganya, terkenal pada peringkat antarabangsa dengan pandangan yang progresif mengenai syariah dan homoseksual di dunia Islam.

Dua lagi pendakwah yang dikatakan akan dihukum pancung selepas Ramadan ini ialah pendakwah Sunni, yang juga ahli akademik dan penulis, Sheikh Dr Awad; dan pengacara terkenal, Dr Ali.


IUMS sebelum ini, mengecam dan menolak tuduhan beberapa negara, termasuk Arab Saudi, dan sekutunya, bahawa mereka adalah pertubuhan pengganas.

Kesatuan itu memberi amaran bahawa permusuhan terhadap anggotanya serta tindakan menangkap ulama Islam kerana memberitahu kebenaran, adalah memalukan.

Dalam hal ini, dunia Islam, merayu kepada pemimpin dan seluruh ulama, kumpulan cerdik pandai, untuk campur tangan dan memberi jaminan mereka yang ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan tidak berasas, seperti Sheikh Salman; Dr Musa al-Sharif; DrNasser Al-Omar; Dr Safar Hawaali; Sheikh Dr Awad; Dr Khaled al Ajami; Dr Ali; Dr Ali Badhaddah; Sheikh Saleh al-Taleb; dan Sheikh Dr Abdul Aziz Al-Fawzan, dibebaskan.

IUMS berkata, ulama muslim itu tidak melakukan pemberontakan terhadap pemerintah, mengancam atau menjejaskan keselamatan negara.

“Jenayah mereka hanyalah memberi pendapat yang ikhlas tanpa sedikit pun bersikap hipokrit. Daripada menghargai nasihat ikhlas dan jujur itu, mereka sebaliknya mendapat ganjaran penjara,” kata IUMS.

Pada 2017 lalu, Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain, menyenaraihitam 11 individu dan dua entiti lain, termasuk IUMS, dalam senarai yang dianggap ‘pengganas’ bagi negara rantau Teluk itu.

IUMS diketuai oleh ulama terkenal dunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah Naib Presiden IUMS.

Jun lalu, empat negara itu menyenaraikan Qaradawi sebagai antara 59 individu dan 12 entiti lain dalam senarai pengganas.

Bagaimanapun, September lalu, Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan nama Qaradawi daripada senarai individu dikehendaki, setelah menyedari tuduhan jenayah terhadap beliau sengaja direka oleh rejim kudeta Mesir.

Pertubuhan Hak Asasi Kemanusiaan Arab (AOHR) yang berpangkalan di United Kingdom berkata, Interpol mendapati tuduhan terhadap Qaradawi tidak berasaskan perbuatan jenayah, sebaliknya kerana isu politik.

Arab Saudi dan sekutunya memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Qatar sejak Jun lalu, dan menuduh Doha menyokong keganasan, menaja militan di Syria dan bersekutu dengan Iran, musuh serantau mereka. Qatar bagaimanapun, menafikan tuduhan itu. – Agensi


Polis tumpu enam kesalahan utama dalam Op Selamat raya

ISMA WEB


Patuhi lampu isyarat, jangan memandu di lorong kecemasan, garisan berkembar, guna telefon bimbit, memotong barisan, elak pandu laju


KUALA LUMPUR – Memandu di lorong kecemasan adalah antara enam kesalahan utama yang diberi tumpuan pada Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri bermula Rabu ini hingga 12 Jun.

Lima lagi kesalahan ialah memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Pengguna jalan raya dinasihat untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri, jika melakukan kesalahan… saman RM300 akan dikeluarkan.

“Kami serius dengan perkara ini, jika rasa RM300 ini jumlah yang kecil, silalah langgar peraturan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias dan Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM) Rosli Man.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, seramai 4,500 pegawai dan anggota trafik akan bertugas mengawal lalu lintas di seluruh negara sepanjang Op Selamat kali ini.

Beliau berkata, pelbagai strategi disusun bagi melancarkan pergerakan lalu lintas serta menurunkan kadar kemalangan pada musim perayaan.

“Pelaksanaan konsep Sub-Tek di peringkat kontinjen, rondaan di kawasan ‘blackspot’ serta kempen keselamatan masih dijalankan tahun ini kerana ia menunjukkan keberkesanan,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai untuk mengisi Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh dimuat naik di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), di App Store dan Google Playstore bagi membendung kegiatan jenayah ketika mereka pulang berhari raya di kampung.

“Borang juga boleh didapati di balai-balai berhampiran dan ia membantu pelaksanaan polis untuk membuat rondaan di kediaman atau premis yang ditinggalkan,” katanya.

Op Selamat bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ yang mendapat penajaan TM itu turut membabitkan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS). – Bernama



Jumaat, 24 Mei 2019

DAP semakin berani cabar hak orang Melayu

Manzaidi Mohd Amin
Dr. Asma Razalli
Dr. Asma Razalli
KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dapat menghidu niat DAP tanpa segan silu menyatakan hak istimewa Bumiputera dan orang Melayu tidak lagi relevan.

Parti chauvinis itu semakin berani mencabar orang Melayu sejak gabungan mereka, Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lalu.

Ketua Wirawati Putra, Dr. Asma Razalli menegaskan, parti itu kini tidak perlu lagi memakai topeng menyatakan hasrat sebenar mereka untuk menghapuskan pelbagai hak keistimewaan Bumiputera dan orang Melayu.

“Mereka tidak lagi segan silu menyatakan kononnya hak istimewa Bumiputera mahupun orang Melayu tidak lagi relevan, sedangkan mereka menyimpan sulaman helah di belakang kenyataan.

“Sehingga kita kadang-kadang terfikir siapakah sebenarnya yang terpaksa berkorban menukar hak mereka semata-mata untuk menjaga hati pihak lain ketika perjanjian kemerdekaan dibuat.

“Mereka ini ibarat diberi betis mahukan paha,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Menurut Dr. Asma, sebagai rakyat Malaysia yang majmuk perlu faham dan menghormati bahawa Perlembagaan Persekutuan dibuat dengan teliti dan diperhalusi pelbagai pemimpin dari berlainan latar belakang kaum serta agama demi mencapai sebuah kemerdekaan.

Perjanjian itu, katanya, dibuat bagi menghormati dan berterima kasih kepada orang Melayu dan kaum Bumiputera yang rela berkorban menerima dan bertolak ansur demi sebuah kemerdekaan.

“Ia adalah legit (tidak palsu), sah dan tiada tarikh luput,” ujarnya.

Katanya, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan serta Perkara 153 dalam Perlembagaan adalah berasas, tidak sesekali boleh disentuh oleh mana-mana pihak.

“Mengapa kita harus terus berdiam dengan desakan Sijil peperiksaan Bersama (UEC) yang bukannya berkiblatkan Malaysia? Siapa mereka boleh begitu angkuh di tanah air kita? Siapa yang perlu mendengar siapa sebenarnya?

“Mengapa perlu lagi wujud sekolah berlainan aliran di waktu kemodenan dan perpaduan yang seharusnya dicapai menerusi sistem pendidikan satu aliran? Siapa yang tidak relevan sebenarnya?

“Adakah kita bertanya semua soalan ini dan mahu terus berdiam diri? Sedangkan, negara jiran tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh Malaysia, malah mereka menganggap Malaysia tidak relevan melayan permintaan yang tidak berasas itu,” katanya. – MalaysiaGazette

Polemik kuota matrikulasi, tolak sentimen palsu DAP

Manzaidi Mohd Amin
Husain Awang
Husain Awang

KUALA LUMPUR – Kuota kemasukan ke matrikulasi bukan isu besar jika semua pihak terutama DAP memahami dan menghormati suatu elemen penting dalam pembentukan negara, iaitu kontrak sosial,

Ahli Dewan Negara, Senator Husain Awang berkata, sejak dari awal, kontrak sosial tidak hanya dipersetujui hanya melalui sebelah pihak iaitu Melayu sahaja, sebaliknya melibatkan pemimpin dari bangsa lain juga.

Katanya, polemik yang berlaku dalam negara sejak era Malaysia baharu menggambarkan terkikisnya semangat ketatanegaraan yang telah lama menjadi pegangan rakyat negara ini.

“Contohnya, kuota matrikulasi yang sedang diperdebatkan bukanlah isu pertama yang memperlihatkan terkikisnya pemahaman terhadap perkara ini, bahkan ia bermula sejak pertikaian isu ratifikasi ICERD, pengiktirafan UEC dan sebagainya.

“Justeru, adakah sesetengah daripada mereka benar-benar tidak faham atau sengaja bersembunyi di sebalik fakta sejarah?” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Tambah Husain, menghubungkan dua aspek iaitu kuota matrikulasi dengan “Mandarin requirement” dalam sektor pekerjaan bukan sesuatu yang ironi.

Ini kerana, kedua-duanya menampakkan perbezaan dan ketidakseimbangan yang jelas.

“Malangnya, pihak yang mendedahkan ketidakseimbangan yang berlaku pula dituduh bermain sentimen perkauman. Sewajarnya perkara tersebut perlu diteliti demi kebaikan bersama,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan sistem pendidikan negara yang masih tidak berpadu pada satu tiang sama, sesetengah pihak masih menegakkan sesuatu yang tiada asas untuk diketengahkan.

Walaupun bersetuju supaya sistem kemasukan ke institut pengajian tinggi awam melibatkan program matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ditambah baik dari sudut kualiti dan kuantiti, namun desakan kepada perubahan kuota matrikulasi tersebut jelas membelakangi semangat ketatanegaraan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, menurut Husain, menyokong pengekalan kuota ini tidak pula bererti seseorang itu rasis serta bersifat tidak adil kepada pihak lain.

Ini kerana, dasar pendidikan kepada semua tidak wajar dipinggirkan pihak kerajaan.

“Itu semua hanya sentimen palsu yang dimainkan oleh sesetengah pihak seperti DAP sehingga menimbulkan keadaan tidak senang dalam kalangan rakyat.

“Semua kemelut yang tidak perlu ini lahir daripada kepelbagaian aliran utama dalam sistem pendidikan negara sehingga menghalang kepada pemahaman terhadap konsep ketatanegaraan, apatah lagi mencapai nilai kesepaduan dalam negara yang berbilang bangsa.

“Semua yakin pendidikan adalah nadi penyatuan negara bangsa, namun usah sesekali lupa neraca pendidikan yang dimaksudkan adalah dirujuk kepada bahasa kebangsaan, budaya serta nilai sejarah yang sentiasa dipelihara,” katanya. – MalaysiaGazette

Adakah Belajar Semua Agama Satu Keperluan ?




Pernah heboh masa dulu, kenali seks dijadikan matapelajaran di sekolah. Riuh rendah jadinya. Padahal, seks adalah fitrah dan dipelajari secara tertutup kerana kemahuan seks adalah sangat peribadi. Tapi, itu bukanlah hujah sebenar matapelajaran untuk mengenali seks diajar di sekolah.

Hujah sebenar adalah, sanggupkah guru mengajar di sekolah mengenai seks secara terbuka, dengan bahan dan teknik pengajarannya sekali? Kemudian, bergunakah matapelajaran kenali seks di peringkat pekerjaan dan universiti? Industri apa pula akan ambil kerja dengan kecemerlangan mengenali seks?

Begitulah juga, sepatutnya soalan perlu ditanya: rasionalkah matapelajaran kenali pelbagai agama? Adakah wujud guru yang boleh mengajar pelbagai agama? Guru beragama apakah yang akan mengajar semua agama? Dan tak kurang pentingnya soalan ini: adalah mengenali pelbagai agama dikira penting untuk sektor pekerjaan dan universiti?

Tidaklah saya memperlekehkan ilmu seks dan ilmu mengenali pelbagai agama. Cuma, persoalan-persoalan di atas perlu dijawab supaya para perancang, penggubal dan pembangun kurikulum tak kelam kabut. Begitu juga, pelaksana kurikulum di kalangan guru pula boleh bersedia.

Bila sebut matapelajaran baru ini, banyak soalan bermain dalam kepala. Pertama, adakah ia merupakan matapelajaran wajib atau elektif? Kalau matapelajaran wajib, mengapa semua pelajar wajib belajar matapelajaran kenali agama?

Adakah belajar matapelajaran ini, menjadikan seseorang individu yang seimbang? Maksud saya, seimbang dari sudut jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Ataupun, hanya intelektual sahaja tumpuannya.

Kalau intelektual sahaja, tentu sekali matapelajaran kenali agama perlu Kemahiran Berfirkir Aras Tinggi (KBAT). Adakah guru dan murid perlu kritis terhadap agama lain? Bagaimana jikalau guru dan pelajar mempertikaikan hujah agama lain dibenarkan atas dasar KBAT?

Atau KBAT tidak diperlukan, hanya mengenali sahaja seperti nama matapelajar tersebut. Maka, hanya Kemahiran Berfikir Aras Rendah sahaja diperlukan. Pendek kata, belajar matapelajaran ini tak ke mana juga. Sekadar pengetahuan umum, tanpa analisis, kritik dan menghasilkan idea baru.

Jikalau, para pelajar bidang Usuluddin pun tak belajar kenali semua agama di universiti, mengapa pula sekolah nak belajar semua agama? Adakah semua sekolah nak jadi pandai semua agama, sedangkan agama sendiripun belum tentu difahami secara mendalam oleh rakyat kebanyakan.

Fuziah: Ugut ketua polis, pemimpin PH jangan tunjuk hebat

DENYUT REFORMASI


KUANTAN — Pakatan Harapan (PH) Pahang akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan seorang pemimpin bahagian salah sebuah parti komponennya mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut.


Pengerusinya Fuziah Salleh berkata mereka mahu siasatan dijalankan dengan telus dan tanpa rasa takut atau pilih kasih kerana menghormati prisip keadilan dan undang-undang.

“Apa yang salah tetap salah. Kita tidak dikecualikan dari undang-undang, apatah lagi sebagai seorang pemimpin, kita harus menjadi contoh kepada rakyat, jadi kami memberikan ruang secukupnya kepada polis untuk menyiasat.

”Saya mengingatkan semua pemimpin PH untuk menunjukkan contoh yang baik. Jangan rasa kita hebat atau besar kerana sikap sedemikian salah. Sentiasa merendah diri seperti pepatah ular menyusur akar tidak hilang bisanya,” katanya.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian semasa ditemui di Majlis Tadarus al-Quran dan Iftar Jama’ie Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Pahang 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan penahanan seorang pemimpin parti DAP berusia 53 tahun Ahad lepas, bagi membantu siasatan dakwaan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan menerusi pesanan WhatsApp yang didakwa berlaku pada Khamis lalu.

Suspek dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis Ibu Pejabat Daerah Jerantut merampas dan menahan rokok serta minuman keras tidak bercukai, yang dijual seorang lelaki yang juga memegang jawatan dalam parti.

Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat proses rakaman percakapannya pada petang Ahad lalu.

Fuziah berkata mengetahui mengenai insiden itu pada malam Ahad, dan telah berhubung dengan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah untuk mendapatkan penjelasan.

”Kita minta beliau siasat apa yang berlaku dan mahu melihat apa tindakan seterusnya parti terlibat. Tapi saya akui perkara itu ada dibincangkan dalam PH Pahang,” katanya. — Bernama

Piagam kerjasama Pas-UMNO bakal tercapai - Tuan Ibrahim

DENYUT REFORMASI

 
 
KOTA BHARU: Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Tertinggi Pas sudah mengadakan beberapa mesyuarat membincangkan mengenai piagam kerjasama dengan UMNO yang bakal menyaksikan satu perjanjian deklarasi antara dua parti itu ditandatangani selepas Aidilfitri nanti.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kedua-dua jawatankuasa berkenaan sudah mengadakan mesyuarat dua hingga tiga kali bagi membincangkan serta merangka beberapa perkara dalam piagam bersama untuk dibawa ke Jawatankuasa Induk untuk dibahaskan sebelum dimuktamadkan.

“Kedua-dua jawatankuasa ini (Jawatankusa Piagam) akan membawa perkara ke Jawatankuasa Induk dan selepas Raya akan ada mesyuarat untuk tengok piagam ini dan buat satu deklarasi bersama,” katanya ketika ditemui selepas program di Madinah Ramadhan malam tadi.

Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada Khamis, memaklumkan kerjasama UMNO dan Pas bakal diperkukuhkan lagi dalam bentuk yang lebih rasmi selepas mementerai satu piagam kerjasama, tidak lama lagi.

Menurut beliau, pembentukan piagam tersebut kini dalam penelitian akhir jawatankuasa tertinggi kedua-dua parti.

Jelas Tuan Ibrahim, kedua-dua parti melalui Jawatankuasa Induk berkenan akan melihat dan meneliti piagam berkenaan sebelum bersetuju serta menandatanganinya.

Katanya, piagam tersebut merupakan suatu deklarasi untuk mengadakan Muafakat Perpaduan Ummah melibatkan tiga agenda utama; pertama, bersetuju untuk pertandinghan satu lawan satu di mana-mana pilihan raya kecil yang berlangsung; kedua, bermuafakat bersama mempertahankan mana-mana agenda yang melibatkan Islam dan umatnya; dan ketiga, menyusun tindakan bersama di peringkat Parlimen.

Tambahnya, piagam bersama UMNO untuk membentuk deklarasi bersama ini tidak memerlukan persetujuan Majlis Tertinggi Pas atau Majlis Syura Ulama kerana piagam kerjasama yang dibentuk ini tidak melibatkan kerjasama atau Tahaluf Siyasi dengan UMNO.

“Ini kerjasama biasa, kalau melibatkan Tahaluf kena melalui Majlis Syura kalau sekadar kerjasama biasa tidak dalam kerangka parti dalam kerangka dibenarkan parti tak perlu melalui Majlis Syura,” katanya.

Sebaliknya, sekiranya membentuk kerjasama serius atau melibatkan penggabungan ianya perlu dibawa ke Muktamar khas bagi mendapatkan sokongan ahli dan perwakilan. 
 
 

NGO wanita gesa PKR siasat dakwaan gangguan seksual MP


MALAYSIAKINI

   
Sebuah gabungan NGO menggesa PKR supaya mengadakan siasatan dalaman berhubung dakwaan gangguan seksual dilakukan Anggota Parlimen Sungai Siput, S Kesavan.

Dalam kenyataan hari ini, Kumpulan Tindakan Bersama Bagi Kesaksamaan Gender (JAG) berkata parti politik tidak sepatutnya bertolak ansur dengan tingkah laku tersebut.

"Kita perlu wakil rakyat yang menghormati golongan wanita.

"Kami menggesa PKR perlu pandang serius dengan dakwaan gangguan seksual dan segera mengadakan siasatan dalaman. PKR juga perlu menubuhkan satu panel siasatan bebas, yang mempunyai pakar dalam isu gangguan seksual dan kepelbagaian gender," tambahnya.

Selain itu, JAG yang merangkumi 11 NGO turut berkata panel bebas tersebut harus mengkaji semula dasar PKR dan tindak balasnya ke atas gangguan seksual secara umumnya.

Gabungan itu juga menyentuh bahawa undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk mencegah gangguan seksual, dan oleh itu siasatan polis mungkin tidak dapat menyelesaikan kes itu.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Kesavan dan bekas bendahari PKR cabang Sungai Siput saling membuat laporan polis antara satu sama lain.

Wanita tersebut mendakwa Kesavan membuat gangguan seksual dengan menunjukkan gambar-gambar lucah dan juga buku 'kamasutra'.

Kesavan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mendakwa wanita itu menaruh hati kepadanya dan juga cuba menganggu rumah tangga.

Dalam laporan polisnya, Kesavam mendakwa wanita tersebut sering menelefonnya berpuluh kali sehari mengakibatkan beliau menghadapi gangguan perasaan.

Semalam, wanita itu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau ingin menyaman malu terhadap Keasavan.

Namun Kesavan pula berkata beliau sedia menghadapi perkara itu di mahkamah.

Sementara itu, JAG berkata kes ini menjadi contoh mengapa perlunya Rang Undang-undang Gangguan Seksual digubal.

"PKR tidak perlu menunggu undang-undang baru. PKR mesti memiliki standard dalaman yang tinggi. Kami mendesak semua parti politik untuk melaksanakan polisi dalaman bagi mencegah dan menangani gangguan seksual.

"Kami juga meminta mangsa gangguan seksual untuk tampil ke hadapan," tambahnya.

JAG juga menggesa mangsa gangguan seksual yang terselamat daripada keganasan berasaskan jantina menghubungi organisasi berikut untuk mendapatkan sokongan percuma:

Persatuan Tindakan Semua Wanita
(Kaunseling, maklumat undang-undang, pengurusan kes)
Telenita Helpline: 03-7877-0224; E-mel: telenita@awam.org.my

Kumpulan Sumber Tindakan Wanita Sabah (Sawo)
Talian Bantuan SAWO: 088-280200; E-mel: sawo.women@yahoo.com
Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO)
(Kaunseling, pengurusan kes, perlindungan)
Hotline WAO: 03 7956 3488; WhatsApp: 018 988 8058

Pusat Perubahan Wanita, Pulau Pinang (WCC)
Telefon: 04-228 0342; Laman web: www.wccpenang.org
Talian KASIH (hotline dikendalikan kerajaan) 15999



Najib: Kit Siang, ini debat, bukan gusti. Kenapa nak lari?

MALAYSIAKINI

   

Najib Razak hari ini sekali lagi 'menyerang' veteran DAP Lim Kit Siang yang menarik diri daripada debat yang dirancang antara dua seteru politik tersebut.

Bekas perdana menteri itu juga meremehkan alasan pemimpin DAP berkenaan yang mendakwa bahawa debat tersebut akan digunakan bagi mencetuskan 'provokasi perkauman'dan melabel Lim sebagai 'penipu bersiri'.

"Ini debat. Bukan gusti. Kenapa nak lari?

"Kenapa DAP sering mainkan isu perkauman? Adakah ini satu pengakuan dari Kit Siang bahawa DAP adalah parti Cina?

"Ini debat antara dua ahli parlimen. Tak ada kena-mengena dengan isu perkauman," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Najib berkata beliau berhasrat untuk bertanya pelbagai soalan berkaitan kerajaan Pakatan Harapan dan 1MDB dalam debat tersebut.

Beliau menekan Lim sepatutnya perlu mengakui bahawa beliau tidak mampu untuk menjawab 'fakta-fakta' sebegitu dan debat tersebut akan mendedahkan pemimpin DAP itu dan kerajaan PH sebagai penipu.

Antara topik yang ingin disoal oleh Najib, termasuk dana RM2.6 juta didakwa dimasukkan akaun peribadi beliau, yang sekarang ini sedang dibicarakan di mahkamah; pembayaran balik antara 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC) sebuah syarikat dari Abu Dhabi dan kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Secara peribadi, Najib juga berkata beliau ingin bertanyakepada Lim berhubung keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengugurkan tuduhan rasuah terhadap anaknya, Lim Guan Eng.

"Banyak lagi yang saya ingin tanya kepada Kit Siang. Dan saya akan tunggu Kit Siang menjawab.
 Tapi dia sudah lari. Walaubagaimanapun, saya tidak akan menggelar Kit Siang sebagai pengecut.

"Saya hanya akan menggelar beliau sebagai seorang penipu bersiri dan seorang yang tak jujur.

"Selepas Kit Siang lari diri seperti ini, dia tidak ada hak lagi untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menyerang saya," kata Najib.

Cadangan untuk berdebat pertama kali dicetuskan oleh Najib dalam satu temu bual media baru-baru ini susulan Lim yang sentiasa menyerangnya dalam kenyataan medianya mengenai skandal 1MDB.

Veteran DAP tersebut kemudiannya menerima cabaran itu dan mencadangkan tajuk "Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global?"

Najib seterusnya bersetuju dengan tajuk itu tetapi berkata demi keadilan, topik lain juga mesti dimasukkan.

Namun, kurang daripada 48 jam, Lim menarik diri daripada perbahasan tersebut, menyatakan bahawa beliau beliau menerima segunung surat dan nasihat yang memintanya supaya tidak meneruskan debat itu.

Antara alasan diberikan adalah Najib akan menggunakan platfom ini untuk mencetuskan sentimen perkauman antara masyarakat Cina dan Melayu, khususnya menjadikan DAP sebagai sasaran.

“Saya sedar yang keputusan saya ini akan disambut dengan pelbagai tuduhan yang saya ini adalah seorang penakut.

"Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat.

"Tetapi, ada satu perkara di mana saya tidak akan berkompromi- kepentingan negara dan rakyat Malaysia yang lebih tinggi, " kata Lim selepas mengumumkan penarikannya.

Pengkritik juga telah membantah perdebatan itu, dan menganggapnya sebagai satu pembaziran masa, seta mencadangkan Lim dan kerajaan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting.


Persatuan minta k'jaan timbang duit raya pada peneroka


   

Kerajaan diminta mempertimbang untuk meneruskan pemberian insentif sempena Hari Raya Aidil Fitri kepada peneroka Felda seperti yang telah diamalkan sejak 2011.

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) Mazlan Aliman berkata, apatah lagi di saat harga komoditi sawit yang tidak menentu pada masa ini.

Beliau menggambarkan insentif tersebut sama seperti bonus yang diberi kerajaan kepada kakitangan awam.

"Meskipun kami memahami kekangan kewangan kerajaan, namun mengambil kira keseluruhan peruntukan seperti tahun-tahun lalu, ia seharusnya bukan isu besar demi menjaga kepentingan peneroka yang memberi sumbangan besar kepada produktiviti negara.

“Sambil mengalu-alukan Pelan Pemulihan Felda seperti yang terkandung dalam Kertas Putih, proses pemulihan ini masih terlalu awal, sedangkan keperluan duit raya amat mendesak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 22 Mei lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali membayangkan peneroka mungkin tidak akan menerima peruntukan duit raya daripada kerajaan untuk tahun ini.

Selain memberi tumpuan kepada rancangan pemulihan lembaga itu yang bernilai RM6.23 bilion, Azmin berkata kerajaan berhasrat menyalurkan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil terlebih dahulu yang menurutnya akan dibuat sebelum hari raya.

Pengumuman itu dikritik Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang menyifatkan ia "mengecewakan seluruh warga peneroka."

Membandingkannya dengan BN, Beliau berkata pentadbiran lalu sentiasa mengutamakan warga Felda - termasuk memberi duit raya RM450/500 dan bonus RM350 - walau apa kedudukan kewangan Felda.

Mazlan berkata beliau akan menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agar duit raya dapat diberi selewat-lewatnya seminggu sebelum hari raya, selepas menerima banyak respons daripada peneroka.

Untuk rekod, kerajaan PH memberikan insentif raya RM450 kepada peneroka pada tahun lalu.

'Sebagai pendahuluan dividen'

Sentimen sama turut disuarakan penganalisis ekonomi Prof Barjoyai Bardai yang berkata satu pemberian khas tetap perlu diberi kepada peneroka.

Beliau mencadangkan bayaran itu dijadikan sebagai pendahuluan daripada dividen yang bakal diperolehi pada masa akan datang, hasil proses pemulihan yang sedang dijalankan.

“Peneroka sebagai kumpulan berpendapatan rendah mengharapkan sesuatu kerana pada masa ini mereka memang terdesak. Hari raya sudah dekat, pendapatan daripada jualan kelapa sawit rendah kerana harga murah.

“Walaupun semua itu bukan kesilapan kerajaan (sekarang) tapi setengahnya kesilapan kerajaan terdahulu, tetapi kerajaan tetap perlu mengambil kira semua ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada masa sama, beliau juga mencadangkan kerajaan meningkatkan penyebaran maklumat berkenaan langkah pemulihan Felda yang telah dan akan dilakukan kepada semua pihak.

'Tangguh potongan terhadap peneroka'
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Rauzan Esa menggesa Felda menangguhkan pemotongan seperti bayaran operasi ladang dan hutang yang dikenakan terhadap peneroka buat sementara waktu.

Katanya, ia membolehkan peneroka mempunyai wang tunai yang lebih terutama di musim perayaan.

“Duit raya juga boleh diberi daripada insentif Felda Global Ventures (FGV) seperti daripada dividen dan jualan buah tandan sawit kepada kilang FGV.

“Pengumuman menteri memang agak mengecewakan sebahagian peneroka, namun ia pasti dibuat berdasarkan keadaan kewangan semasa,” katanya lagi.


Mukhriz mohon maaf kepada Sultan Johor

MALAYSIAKINI

   

Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana tidak bersalam dengan baginda, semalam.

Setiausaha akhbar Mukhriz dalam kenyataan memaklumkan permohonan maaf itu disampaikan menerusi surat yang diutuskan kepada Sultan Ibrahim hari ini.

"Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir hari ini telah mengutus surat kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"(Ia) bagi memohon ampun dan maaf di atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang semalam.

"Menteri besar telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaannya sendiri, dan tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman," kata kenyataan itu.

Insiden itu berlaku ketika Mukhriz memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar semalam.

Rakaman videonya insiden itu dimuat naik akaun Twitter Friends of Johor dan dikongsi Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan kebudak-budakan, Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah menuntut Mukhriz yang juga anak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada Sultan Ibrahim.

Mahathir dan kerabat diraja Johor sebelum ini bertikam lidah antaranya dalam isu Statut Rom, pelantikan menteri besar serta rombakan exco kerajaan negeri itu.

Awal bulan ini, Mahathir menggelar TMJ sebagai ‘budak bodoh’ dan memintanya tidak memberi komen terhadap perkara yang di luar daripada pengetahuannya,


Anwar sokong Kit Siang tarik diri debat Najib

MALAYSIAKINI

   

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyokong keputusan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menarik diri daripada berdebat dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Anwar yang juga merupakan ahli parlimen Port Dickson malah menyifatkan keputusan wakil rakyat DAP itu sebagai langkah bijak untuk mengelakkan ketegangan kaum.

“Kit Siang bukannya orang yang tak berani. Apa yang saya lihat, ramai kawan-kawan nasihat tak sesuai (debat) pada masa sekarang.

“Takut timbul ketegangan kaum. (Tarik diri) adalah satu keputusan yang baik,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Dalam laporan sama, Anwar juga dipetik menolak cadangan agar beliau menggantikan Lim.

“Nak saya debat dengan dia (Najib) buat apa... bulan-bulan puasa ni,” katanya dengan nada jenaka.

Lim dilihat sering menumpukan kritikannya terhadap Najib meskipun ahli parlimen Pekan itu bukan lagi perdana menteri atau presiden Umno.

Selasa lalu, Najib mencabar Lim untuk berdebat dengan sebarang topik.

Mengulas cabaran itu, Lim mencadangkan topik "Bagaimana Malaysia menjadi negara kleptokrasi global dan bagaimana kita mampu menjadi peneraju negara berintegriti".

Najib kemudian bersetuju dengan topik itu.

Dua hari kemudian, Lim memaklumkan bahawa dia menarik diri dari menyertai debat itu kerana menurutnya dia menerima banyak nasihat daripada penyokongnya untuk tidak turut serta.

Sebab utama yang dinyatakan adalah, menurut Lim, kebimbangan debat dengan Najib itu akan dijadikan "konflik Melayu lawan Cina".

Najib bagaimanapun mendakwa Lim sebagai memberi alasan.

"Adakah ini satu pengakuan dari Kit Siang bahawa DAP adalah parti Cina?

"Ini debat antara dua ahli parlimen. Tak ada kena-mengena dengan isu perkauman," kata Najib.


PAS Teluk Intan santuni pesakit dan warga HTI

ABD KARIM
 
TELUK INTAN: PAS Kawasan Teluk Intan telah mengedarkan sumbangan bubur lambuk sebagai menyantuni 360 pesakit dan juga kakitangan di Hospital Teluk Intan, di sini kelmarin.
 
Program ini juga bertujuan mempromosikan PAS kepada masyarakat selain menyuburkan amalan memberi makan orang berbuka puasa seperti dianjurkan Rasulullah S.A.W.
 
Serahan tersebut telah diketuai sendiri Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik dan Rostam Malik bersama pimpinan yang lain.

IMG 20190524 WA0042

 
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Teluk Intan, Ustaz Lotfi Shamsuddin, pihaknya turut memberikan air minuman dan buah tamar pada aktiviti di bawah Ihya' Ramadan itu.
 
Katanya, peluang tersebut turut memberi kesempatan kepada pihak PAS Teluk Intan menyuburkan perpaduan dengan turut sama menziarahi pesakit bukan Islam.
 
Beliau juga menghargai kesediaan pengurusan Hospital Teluk Intan dalam memberi kebenaran mengadakan edaran tersebut di wad hospital yang diharap turut membantu menceriakan pesakit. HARAKAHDAILY


Ramai Cina Malaysia sukar terima Islam?

USTAZ MUHAMMAD HANAFI ABDUL RAHMAN

1. Hakikat yang pahit
 
Sekiranya ditanya kepada orang-orang Cina di Malaysia, mengapa mereka tidak mahu memeluk Islam? 
 
Nescaya kita akan mendapati antara jawapan yang diberikan adalah kerana kedudukan mereka lebih tinggi daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam dari aspek material. Mereka jauh lebih kaya, lebih cerdik dari pelbagai aspek, lebih gigih membanting tenaga, bahkan keupayaan mereka dari pelbagai sudut mengatasi apa yang ada pada umat Islam.
 
2. Benarkah begitu? 
 
Hakikatnya, jawapan ini tidaklah mewakili keseluruhan masyarakat Cina. Bukan juga mahu menghina ataupun memperlekehkan Islam, bahkan sesetengah daripada mereka mengakui kemuliaan dan kebaikan Islam tetapi kelemahannya adalah menumpukan kepada umat Islam.
 
Mungkin sesetengah daripada mereka pula akan mencemuh dengan menyatakan bahawa terdapat di kalangan saudara-mara atau sahabat taulan mereka yang memeluk Islam, hanya menjadi peminta sedekah sedangkan mereka yang tidak memeluk Islam ini mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan dan masa depan mereka.
 
Sekiranya kita merenung kepada jawapan yang diberikan oleh mereka ini perlu sangatlah kita merenung dan muhasabah diri kita sendiri. 
 
3. Bukan mahu perlekeh Islam
 
Memang kita sekali-kali tidak akan membenarkan Islam diperlekeh oleh mereka dengan menyatakan bahawa kekayaan dan kesenangan dunia bukanlah menjadi kayu ukur kepada keredaan Allah. Bahkan kebahagiaan sebenar adalah di akhirat nanti. 
 
Tetapi sekiranya kita merenung ke dalam sejarah Islam yang panjang,  kita akan mendapati bahawa jawapan mereka itu perlulah dijadikan iktibar juga kerana orang-orang Islam yang terdahulu berjaya mengislamkan masyarakat yang bukan Arab dan bukan Islam sehingga bangsa demikian menjadi Islam.  
 
Lalu, mengapa pada hari ini realiti yang wujud tidak menunjukkan kepada kejayaan-kejayaan sebagaimana yang dicatatkan di dalam sejarah itu? 
 
4. Kejahilan umat dan kelemahan Ulamak
 
Hakikatnya sama ada kita sedar ataupun tidak, realiti yang berlaku hari ini, pernah diungkapkan oleh As syahid Abdul Qadir Audah, bahawa Islam terkepung di celah-celah antara kejahilan umatnya dan kelemahan cendekiawannya.
 
Hal ini mungkin hanyalah disedari oleh kita bila mana kita merenung bahawa di hari ini umat Islam lebih suka beramal dengan dalil-dalil Nas dengan makna yang satu lapis. Iaitu mengikut pengertian bahasa semata-mata dan tidak mahu menjangkau kepada makna-makna yang lebih mendalam sebagaimana yang telah dirintis oleh ulamak-ulamak terdahulu.
 
5. Kehidupan kita sehari-harian seolah-olahnya mahu menunjukkan bahawa kita menganggap Al-quran dan hadis sebagai petunjuk yang mempunyai makna yang cetek dan bukannya makna yang mendalam. Padahal hakikatnya makna-makna yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis memiliki pengertian dan penjelasan yang tidak akan pernah habis digali sehinggalah kita menemui kematian sebelum kita sampai ke penghujungnya.
 
6. Dengan membuat alasan mudah, kononnya keterangan ulamak yang berjela-jela dengan metodologi falsafah yang dinamakan falsafah Islam, mengandungi racun-racun yang dibawa masuk oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu kita menolak untuk menggali dan menilai semula hasil penulisan dan kajian mereka yg mendalam di zaman mereka. 
 
Sebagai contohnya kita yang kononnya dianggap sebagai cendekiawan Islam di Malaysia tidak berminat untuk mengkaji kitab-kitab dalam bidang tafsir, umpama tafsir Ruh  Al  Ma'ani,  Tafsir  Al-Kabir,  Tafsir  Tantawi dengan menyatakan bahawa tafsir ini adalah tafsirufassirin yang dari aliran ahli Ra'yi yang cenderung kepada kumpulan ahli nafsu, padahal Al Alusi, dan Ar Razi dan pengarang-pengarang itu telah berijtihad dan memohon bantuan hidayah daripada Allah. 
 
7. Sikap yang sebeginilah yang akhirnya melahirkan sifat malas untuk berfikir dan mengkaji dengan cara yang lebih teliti. Sepatutnya kita menyambung dan memperincikan lagi kajian-kajian ulamak tersebut. Kalaulah ada perkara yang perlu ditapis wajarlah kita mengemukakan pembetulan serta saranan-saranan yang sesuai untuk zaman ini. 
 
Di satu sudut yang lain lagi sikap asyik suka men dabik dada dan berbangga dengan apa yang ada berbeza dengan ulamak di zaman silam  yang lebih gigih dan lebih tekun walaupun terpaksa membuat tapak-tapak kekuatan yang memerlukan kepada kegigihan dan kesabaran yang lebih besar. 
 
8. Maka perlu juga sekurang-kurangnya jawapan kaum Cina yang tidak mahu masuk Islam di Malaysia itu menjadi suatu muhasabah kepada kita bahawa ulamak-ulamak Islam terdahulu menerajui dunia. Itulah sebabnya dunia tunduk kepada Islam tetapi di zaman kita ini kita gagal menerajui dunia sebaliknya dunialah yang mengheret kita kepada sifat malas dan lemah. Perlunya kita memohon hidayah dari Allah untuk membaiki kelemahan-kelemahan kita. 
 
"Ini adalah kerja yang besar kerana kegagalan kita juga amat besar". 
 
*USTAZ MUHAMMAD HANAFI ABDUL RAHMAN
Pensyarah , Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) - HARAKAHDAILY

Biasiswa untuk Palestin, kenapa DAP yang meroyan?

Muhammad Azizul Osman
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Tiada sebab untuk DAP meroyan dengan pemberian biasiswa terhadap pelajar Palestin yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, langkah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu adalah sumbangan lazim yang diberikan atas dasar bantuan kemanusiaan dan ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

“Pas menempelak sikap gopoh pemimpin DAP yang mempertikai pemberian biasiswa kepada 140 pelajar Palestin (RM 11.47 juta) yang layak untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Malaysia.

“DAP tidak perlu mempersoalkan pemberian biasiswa tersebut kerana ia dikatakan tidak menggunakan dana kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin merujuk kepada kenyataan Mahathir bahawa kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa buat pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana muda, sarjana dan Phd di 12 universiti ternama di Malaysia.

Biasiswa itu akan ditawarkan menerusi Pertubuhan Kebudayaah Palestin Malaysia (PCOM).

Dalam pada itu, Pas mendesak agar DAP memperincikan sumber yang diperuntukkan kepada kolej persendirian Cina selama ini.

“DAP harus menjawab dari mana sumber peruntukkan yang diambil untuk memberi jutaan ringgit kepada kolej persendirian swasta Cina seperti Kolej Universiti New Era dan Kolej Universiti Selatan?

Adakah ia diperuntukkan dalam Bajet 2019?” soal Nasruddin. – MalaysiaGazette

Mahkamah keluar waran tangkap ke atas Hasanah

MALAYSIAKINI

   

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, kerana tidak hadir semasa pengurusan kesnya.

Waran itu dikeluarkan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin membuat permohonan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Hasanah, 61, kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan.

“Tertuduh tidak hadir, beliau (sebelum ini) telah dilepaskan dengan jaminan dengan dua penjamin.

"Bagaimanapun tertuduh dan kedua-dua penjaminnya tidak hadir serta tiada apa-apa arahan dari mahkamah berhubung ketidakhadiran itu. Pohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Mahadhir.

Peguam Nur Aifaa Mohd Zain yang mewakili Hasanah memohon maaf kepada mahkamah dan memberitahu Hasanah tidak hadir kerana peguam itu gagal memaklumkan tertuduh berkenaan prosiding hari ini.

“Saya memohon maaf atas kesilapan saya sebagai peguam, saya harus memaklumkan anak guam saya untuk hadir tetapi saya gagal untuk memaklumkan.

"Saya berharap anak guam saya tidak menerima sebarang kesan atas tindakan saya,” kata peguam itu.
Hakim Sequerah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasanah dan menetapkan 26 Jun bagi sebutan waran tangkap dan notis kepada penjamin.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu media bahawa waran tangkap itu dikeluarkan kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran tertuduh dan kedua-dua penjaminnya hari ini.

Nur Aifaa pula memberitahu terdapat salah faham kerana pihaknya beranggapan tiada prosiding hari ini kerana tarikh perbicaraan kes itu yang akan bermula 3 Feb 2020 telah ditetapkan pada prosiding 17 April lepas.

Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.- Bernama


PAS yakin ahli tak terlibat bakar kereta mufti Perlis


   

PAS percaya ahlinya tidak terlibat dalam insiden membakar kereta rasmi milik Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lalu.

Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis dan dakwaan bahawa suspek merupakan ahli PAS belum dapat dipastikan kesahihannya.

"Parti kita memang jaga peraturan dan disiplin, kita tegas tidak mahu ada ahli atau mana-mana unit kita terlibat dengan perkara yang bercanggah dengan undang-undang.

"Tetapi apa yang jelas dalam isu kebakaran kereta mufti ini ia masih dalam siasatan polis, dan suspek digambarkan orang itu orang ini dalam keadaan yang tak pasti betul ke tidak," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah Tausiah Badar Kubra sempena Ijtimak Pondok Semalaysia 2019 di Kota Bharu, semalam.

Pada 22 Mei lalu, Jabatan Amal Malaysia (JAM) mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Semalam, polis mengesahkan suspek utama insiden itu yang dikenali sebagai Zaini sudah diberkas, manakala seorang lagi suspek dikenali sebagai Mie Tomoi sedang diburu.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, beliau berterima kasih kepada pihak polis yang mengeluarkan arahan supaya semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan sementara kes masih disiasat.

"Saya berterima kasih kepada pihak polis yang keluarkan kenyataan supaya masing-masing termasuk Asri sendiri tidak buat sebarang kenyataan, kerana takut jadi bias.

"Kita terbuka dan kita tak pernah arah ahli membuat perkara yang bercanggah dengan undang-undang. Kita berharap siasatan akan membersihkan dakwaan (terhadap ahli PAS) dan kita yakin ahli kita tidak akan terlibat," katanya.


'Kit Siang terima cabaran seperti harimau, berundur seperti kucing'

MALAYSIAKINI
   
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang terperangkap dalam permainan politiknya sendiri apabila apabila menarik diri dalam cabaran debat dengan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Menyifatkan keputusan menarik diri itu sebagai tindakan terbaik, namun Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan berkata Najib dilihat telah berjaya menewaskan pemimpin DAP itu sebelum debat diadakan.

"Untuk orang biasa, tindakan Lim Kit Siang yang pada awalnya terima cabaran Najib seperti harimau dan kemudian berundur seperti kucing hanya akan dilihat sebagai satu kekalahan.

"Memang dari awalnya, Kit Siang mempunyai kecenderungan untuk fokus serangan demi serangan ke atas Najib.

"Najib pula berjaya memperlekehkan dan meremehkan tindakan Kit Siang sebagai seorang yang terlalu obses dengan beliau.

"Kenyataan Najib ini bukan sahaja mendapat sokongan dari penyokongnya tetapi ramai di kalangan penyokong PH (Pakatan Harapan) sendiri berpendirian sama," kata Arutchelvan menerusi catatan Facebook beliau.

Semalam, Kit Siang memutuskan tidak akan meneruskan debatnya dengan Najib selepas dua hari menerima cabaran itu dengan mencadangkan tajuk berkenaan kleptokrasi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana bimbang kemungkinan besar debat itu akan dimanipulasi menjadi satu konflik perkauman.




'Terperangkap dalam permainan sendiri'

Sementara itu Arutchelvan menyifatkan tindakan Kit Siang meletakkan tajuk tersebut sebagai berat sebelah malah menjangkakan Najib akan tidak setuju dan menarik diri.

"Namun demikian disebabkan Najib tidak ada apa-apa untuk kalah atau tidak ada apa-apa untuk malu (Malu Apa Bossku), maka beliau setuju dengan tajuk tersebut.

"Maka Kit Siang terperangkap dengan permainan yang biasanya beliau amat yakin," katanya.

Kata Arutchelvan meskipun Kit Siang adalah seorang gergasi politik tanahair, namun dalam episod ini beliau tersalah kira kerana lupa Najib bukan lagi perdana menteri yang berkuasa.

"Najib hari ini adalah umpama seekor haiwan yang terjerat dan akan menggunakan apa-apa sahaja untuk untuk keluar dari belenggu," tulis Arul.


Abdul Hadi belum terima maklumat berkaitan ahli Pas ditahan polis

KOSMO ONLINE
 
hadi awang
Abdul Hadi memaklumkan masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang ahli unit amal parti itu yang ditahan polis


PASIR MAS - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang ahli unit amal parti itu yang ditahan polis atas dakwaan membakar kenderaan milik Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Hadi berkata, beliau bagaimanapun akan menyerahkan isu berkenaan kepada pihak polis untuk disiasat dan dalam masa yang sama meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh mengganggu siasatan.

"Saya tidak ada maklumat lagi mengenai isu itu. Mungkin selepas ini saya akan membacanya," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Badar Kubro di Masjid Madrasah Nasrullah dekat Pohon Buloh di sini Rabu malam.

Mohd.  Asri semalam memohon maaf susulan paparan dua gambar ahli jabatan amal Pas bersama Abdul Hadi yang mengiringi hantaran mengenai kes bakar keretanya pada 22 Mac lalu.
Hantaran itu kemudian dipadamkan. - Bernama

Isteri dakwa Ammar Alfian berlaku curang

KOSMO ONINE
 
Nelissa
Pendedahan menerusi Instagram yang dimuat naik Nelissa menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam membuat pendedahan menerusi Instagram sebentar tadi bahawa suaminya berlaku curang ketika dia kini sedang sarat hamil enam bulan. 

Menerusi pendedahan itu, Nelissa menyifatkan Ammar seorang lelaki yang tidak berhati perut kerana sanggup memperlakukannya sebegitu rupa.

"Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak terjangka. Saya mendapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya.

"Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan.
Akan tetapi saya percaya bahawa semuanya berlaku dengan alasan dan Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan ini," tulisnya.

Biarpun sukar namun Nelissa bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantunya kembali membina semangat untuk meneruskan hidup.

"Ketika mendapat tahu tentang hal ini, saya rasakan seluruh dunia ini telah musnah dan fikir tidak akan mampu untuk mengharunginya.

"Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kembali kuat selepas dicurangi suami sendiri.

Biarpun Ramadan ini adalah yang paling getir, tetapi saya tetap bersyukur kerana ia banyak memberi saya pengajaran.

"Semoga semuanya akan menjadi lebih baik bermula sekarang, Insya-Allah," tulisnya sambil mengakhiri penulisannya dengan tanda pagar #singlemother atau ibu tunggal.

Nelissa dan Ammar, 32, mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 secara sembunyi tanpa sebarang publisiti kepada pihak media. - K! ONLINE