Isnin, 26 Februari 2018

Sakit tulang belakang: Azmin kata keadaannya semakin baik

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali berkata keadaannya bertambah baik hari ini selepas dilaporkan hadir bekerja dengan memakai pendakap leher selepas menderita sakit belakang.
 
Beliau menjalankan tugas menguruskan negeri Selangor dan menghadiri acara rasmi seperti biasa walaupun terpaksa memakai pendakap itu.
 
"Saya rasa semakin baik pagi ini dan boleh bergerak tanpa rasa sakit yang teruk," kata Azmin.
 
Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau mempengerusikan mesyuarat kewangan negeri di pejabatnya pada pukul 9 pagi Isnin.
 
Difahamkan, jadual beliau agak ketat pada Isnin kerana terpaksa berada di Institut Jantung Negara kemudian untuk merasmikan Skim Rawatan Jantung.
 
"Lepas itu, saya perlu kembali kepada latihan fisio pada pukul 4.30 petang," kata Azmin.
 
Beliau mengalami kecederaan itu sewaktu mengemas rumah bagi menyambut kehadiran ahli keluarga baharu iaitu cucu sulungnya.
 
Kata beliau, pakar bedah saraf menasihatkannya agar menjalani latihan intensif fisio selama sebulan.
 
 

Tiada ulasan: