Rabu, 28 Februari 2018

PKR dijangka letak nama besar di tiga kerusi Parlimen Johor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: PKR dijangka meletakkan nama besar daripada Pusat di tiga kawasan Parlimen iaitu Batu Pahat, Tebrau dan Pasir Gudang.
 
Ketua Cabang PKR Tebrau, Steven Choong, berkata beliau difahamkan pucuk pimpinan PKR dijangka meletakkan calon nama besar di tiga kawasan berkenaan.
 
Bekas calon PKR bagi Parlimen Tebrau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu berkata, bagaimanapun nama calon berkenaan masih belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi PKR.
 
"Selama ini saya diarahkan (pucuk pimpinan) terus kerja dan saya akan terus bekerja, tapi saya sudi (beri laluan) kalau ada orang hebat (dari PKR) nak kerusi Parlimen Tebrau.
 
"Siapa yang akan bertanding di kerusi Parlimen ini memang hak pucuk pimpinan iaitu Presiden kita. Saya terus kerja kerana selepas PRU13 pun saya terus kerja berkhidmat kepada rakyat di kawasan ini," katanya dipetik Berita Harian.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media di Taman Rekreasi Adda Heights di sini, hari ini.
 
Choong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nama besar yang akan diletakkan pucuk pimpinan PKR di Johor menjelang PRU ke-14.
 
 

Tiada ulasan: