Ahad, 25 Februari 2018

Iskandar Tunggu Maklum Balas Pesuruhjaya PAS Selangor Isu Jumpa Azmin



PANDAN INDAH – Adun Pas masih menunggu maklum balas mengenai tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu peruntukan kawasan yang masih belum diterima.

Adun Chempaka, Datuk Iskandar A Samad mengakui sehingga kini Adun Pas di Selangor masih belum menerima peruntukan daripada kerajaan negeri itu.

“Saya dimaklumkan Sallehen nak jumpa MB (Mohamed Azmin), saya tengah tunggu maklum balas daripada Sallehen, beliau sudah jumpa ke tidak.

“Saya perlu ikut protokol dalam parti kerana Sallehen adalah Pesuruhjaya Pas Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Iskandar berkata, beliau selalu berjumpa Mohamed Azmin atas urusan kerja.

“Dua kali seminggu saya jumpa beliau, saya sudah tanya dan suarakan berhubung isu ini, tetapi benda sebegini haruslah ikut protokol, lebih baik Pas Selangor sendiri berjumpa dan mendapatkan satu keputusan yang dapat kita selesaikan,” katanya – SH

Tiada ulasan: