Khamis, 3 Ogos 2017

Penduduk kampung Rantau Panjang digenangi air mahu penyelesaian segera

MALAYSIA DATELINE

Mohd Ridzuan menunjukkan kawasan kampung yang ditakungi air.


Penduduk kampung Banggol Kulim dan Parit Air di Rantau Panjang, Kelantan kesal dengan masalah air bertakung di kawasan mereka yang gagal diselesaikan kerajaan negeri.

Timbalan ketua Amanah Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad yang membuat tinjauan di situ berkata masalah utama dihadapi penduduk adalah aliran air yang tersekat di laluan ke Kampung Kubang Juluk (belakang Masjid Beijing).

"Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang sedia membantu penduduk setempat dengan menggali semula laluan JPS di hadapan Pasaraya Pantai Timur dan Kampung Banggol Kulim.

"Namun pada pengamatan kami, laluan tersebut adalah sedikit sukar kerana laluan air parit JPS tersebut adalah tinggi," katanya.
Beliau berpandangan, laluan asal dari saliran parit menuju ke Kampung Kubang Juluk mesti diikhtiarkan semula dengan pemasangan kalvet.
"Sementelahan juga, keizinan daripada tuan tanah juga telah diperolehi hasil perbincangan kami tempohari.

"Setakat hari ini, masih tiada tanda-tanda air surut di kedua-dua kampung ini kerana kesilapan teknikal menggali di tempat yang tidak sepatutnya.

Beliau berharap agensi kerajaan negeri dan pusat segera turun padang untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan mengkaji pelan alternatif yang dicadangkan.

Tiada ulasan: