Jumaat, 11 Ogos 2017

Jangan pilih calon pilihan raya beristeri lebih daripada satu - Ibrahim Ali

Vivi Sumanti, Astro Awani
Jangan pilih calon pilihan raya beristeri lebih daripada satu - Ibrahim Ali
IBRAHIM: Saya menyeru rakyat supaya pilih calon berdasarkan profilnya tengok berapa isteri dia, kedekut atau tidak, pemurah ke tidak dan sebagainya. -Gambar fail
 
 
PASIR MAS: Rakyat diminta supaya tidak memilih calon pilihan raya atau wakil rakyat yang beristeri lebih dari satu serta bermasalah kerana kelak ianya tidak dapat membantu dan menumpukan masalah rakyat di kawasan yang diwakili.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, berdasarkan pengalaman wakil rakyat beristeri lebih dari satu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kawasan mereka kerana sibuk menguruskan hal sendiri.
 
Beliau juga menyarankan supaya rakyat melihat profil calon atau wakil rakyat mereka dengan tidak hanya melihat parti yang diwakili semata-mata.

‘Saya menyeru rakyat supaya pilih calon berdasarkan profilnya tengok berapa isteri dia, kedekut atau tidak, pemurah ke tidak dan sebagainya, katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis ramah mesra di Kampung Bunut, Kasa, di sini siang tadi.

Menurutnya lagi, calon atau wakil rakyat perlu bijak membahagikan masa untuk rakyat serta mendengar permasalahan yang dihadapi rakyat.

Sekiranya mereka beristeri lebih dari satu dan mempunyai masalah melibatkan anak dan rumah tangga, sudah pasti mereka tidak dapat menumpukan perhatian di kawasan yang diwakili.

Untuk makluman, katanya ramai wakil rakyat di Kelantan mempunyai isteri lebih dari satu bahkan ada yang beristeri tiga . 
 
 

Tiada ulasan: