KOTA BHARU: Parti Amanah Negara mengumumkan untuk bertanding sebanyak
30 kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Perkara itu dinyatakan Pengerusinya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
sambil menambah kesemua kerusi DUN yang mahu ditandinginya merupakan
kerusi yang dimenangi PAS.
Beliau juga berkata 12 kerusi yang dimenangi Umno bakal disaingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“PKR pula akan bertanding berdasarkan kepada status qou yang telah diperuntukan mereka iaitu tiga parlimen dan empat DUN.
“Bagaimanapun, kita masih lagi belum memuktamadkan lagi pembahagian
semua kerusi ini,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan