Selasa, 4 Julai 2017

Poster 'gadis air mineral' dicabul, Shell tarik balik iklan serta-merta

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Syarikat minyak, Shell memutuskan untuk menarik balik semua papan iklan 'gadis air mineral' di semua stesen mereka berkuat kuasa serta-merta sejak semalam.
 
Ia susulan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu yang bertindak 'mencabul' dan melakukan pelbagai aksi tidak senonoh terhadap poster gadis tersebut sehingga tular di media sosial.  
 
“Kami tidak bersetuju dengan tindakan kurang sopan itu, yang sama sekali dilihat bertentangan dengan budaya Malaysia dan nilai murni Shell,” kata Shell dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menerusi kenyataan itu juga, pihak Shell turut menggesa orang ramai dan netizen untuk tidak lagi menyebarkan imej poster gadis tersebut dengan unsur tidak senonoh.
 
Poster gadis yang dikenali sebagai Nor Shafila Khairusalleh, 25, itu mengundang perhatian umum selepas ia ditempatkan di tepi unit pam minyak di stesen Shell seluruh negara.
 
 

Tiada ulasan: