Ahad, 9 Julai 2017

Langkah ROS timbulkan curiga campur tangan politik'

MALAYSIAKINI


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan badan itu dilabelkan sebagai alat kerajaan.

NGO Center For A Better Tomorrow (Cenbet) berkata arahan terbaru agar DAP mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) telah menimbulkan kecurigaan sedemikian.

"Orang ramai memikirkan mengapa ROS mengambil masa lebih tiga tahun sebelum meminta parti itu mengadakan pemilihan semula," kata ahli lembaga pengarah Cenbet, Sim Lim Seng Chai dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, keadaan bertambah buruk apabila setiausaha akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengungkit kembali pemilihan parti itu yang dipertikaikan pada 2012 dan 2013.

Beliau berkata, pertemuan ROS dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi terus menguatkan kepercayaan bahawa terdapat "campur tangan politik" dalam keputusannya.

ROS pada Jumaat lalu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan CEC yang baru, dengan mendakwa pemilihan semula parti itu apda 2013 tidak mengikut undang-undang.

Pemimpin-pemimpin DAP menimbulkan kecurigaan terhadap langkah itu apabila Tengku Sariffuddin menimbulkan persoalan tentang status parti itu pada 27 Jun lalu.

Zahid pada sidang akhbar hari ini berkata DAP menghadapi risiko tidak dapat meletakkan calon dalam pilihan raya umum akan datang jika ia tidak mematuhi arahan ROS.

Tiada ulasan: