Rabu, 12 Julai 2017

DAP ugut ambil tindakan pada RoS

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP mengugut untuk mengambill tindakan terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) jika badan itu gagal menyerahkan surat agar parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), dalam tempoh 48 jam.
 
Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata pihaknya tiada pilihan lain selain mengambil tindakan ke atas RoS, jika pihaknya gagal mendapat surat rasmi berkenaan sehingga Jumaat ini.
 
"Jika gagal sama ada melalui surat atau sebaliknya sehingga waktu pejabat Jumaat ini, DAP tidak ada pilihan kecuali mempertimbangkan pilihan yang ada bagi menangani situasi ini," kata  dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurut Gobind, DAP tidak boleh mengadakan pemilihan semula CEC tanpa makluman rasmi daripada ROS.
 
"Memaksa kami (mengadakan pemilihan semula tanpa surat rasmi) adalah amat tidak munasabah.
 
"Justeru surat berkenaan sangat penting kepada kami.
 
"Ia mesti menyatakan dengan jelas sebarang keputusan yang diambil dan arahan yang perlu kami patuhi," katanya.
 
Pada 7 Julai lalu RoS - melalui kenyataan media - menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan semula selepas mendapati pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 tidak sah.
 
DAP mengadakan pemilihan baru untuk mengisi jawatan CEC parti berkenaan pada 2013 selepas pemilihan awal - pada 15 Disember 2012 - berlaku kesilapan.
 
Keputusan pemilihan itu kemudian dimaklumkan kepada RoS pada 8 Nov 2013 seperti yang terkandung dalam Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.
 
Bagaimanapun RoS tidak mengiktiraf pemilihan itu dan DAP membawa isu berkenaan ke mahkamah.
 
Saman itu bagaimanapun ditarik balik selepas peguam RoS memberitahu mahkamah, pihaknya "mengakui CEC DAP yang dipilih pada 29 Sept 2013 boleh menjalankan semua kuasa, fungsi dan tugasnya dalam pentadbiran hal ehwal harian DAP mengikut perlembagaan DAP ".
 
 

Tiada ulasan: