Rabu, 8 Jun 2016

Tolak usul Hadi sebab tak mahu hilang undi – penganalisis politik

 
Pemimpin BN juga tidak sepakat dalam membuat pendirian berhubung Akta 355 Mahkamah Syariah.


Mohd-Azizuddin-Mohd-Sani_hadi_law_600


PETALING JAYA: Ahli Parlimen BN yang beragama Islam tidak sepakat dalam menyatakan pendirian berhubung Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah sehingga mencetuskan percanggahan pendapat antara mereka.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata tindakan segelintir pemimpin yang membuat keputusan tidak menyokong undang-undang Islam dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi itu kerana bimbang akan hilang sokongan pengundi bukan Melayu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Sebenarnya tidak semua ahli Parlimen BN (Islam) mempunyai kata sepakat akan menyokong Akta 355 ini nanti.

“Mereka bimbang hilang sokongan pengundi terutamanya bukan Melayu (di kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar) jika mereka nyatakan sokongan kepada RUU itu,” katanya kepada FMT.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bertegas tidak akan mengundi dan hadir ke Parlimen sekiranya RUU Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah dibentangkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP Zairil Khir Johari menggesa Nancy dan wakil rakyat lain dari Sarawak supaya hadir di Dewan Rakyat membantah RUU yang dibentangkan presiden PAS bulan lalu itu.

Azizuddin berkata PAS perlu tampil mengambil tanggungjawab untuk menerangkan kepada pemimpin dan rakyat berhubung undang-undang yang ingin dibentangkan parti Islam itu bagi merungkai kekeliruan terutamanya dalam kalangan bukan Islam.

Tiada ulasan: