KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafi memberikan cuti sekolah
tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media
sosial.
Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang disebarkan itu
sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal tahun
ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan.
"Berita yang tersebar di media sosial menyatakan kementerian menambah
cuti sekolah sempena Aidilfitri adalah tidak benar, sebaliknya ianya
adalah bilangan cuti yang sama seperti ditetapkan dalam takwim
persekolah sejak awal tahun.
"Tarikh permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan," katanya ketika dihubungi BH.
Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa kementerian
mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena Aidilfitri
diberikan tambahan tiga hari.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menjelaskan perkara
sama di laman Facebook miliknya dan menafikan berita yang tersebar
itu.
Info - Cuti sekolah sempena Aidilfitri * 3 hingga 9 Julai tempoh cuti
sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
* 4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah,
Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan