Rabu, 8 Jun 2016

Termizi calon pilihan Tun Mahathir, lapor media

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mohamad Sabu, Nizar dan Termizi  dalam siri ceramah diadakan di Sayong Lembah.Mohamad Sabu, Nizar dan Termizi dalam siri ceramah diadakan di Sayong Lembah.


Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dipercayai calon pilihan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan calon awal pilihan Pakatan Harapan.

Menurut sumber, semasa pemilihan calon dibuat nama Presiden Amanah, Mohamad Sabu sendiri naik namun beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada disebalik grup Deklarasi Rakyat pimpinan Mahathir yang mahu Dr. Termizi Ramli dipilih.

Lapor Malaysiagazette lagi dari sumber diperoleh itu, Termizi baru sahaja menyertai Amanah dan antara pemimpin parti itu yang bukan berasal daripada Pas seperti kebanyakan pemimpin atasan Amanah.

Rahsia itu didedahkan sendiri oleh Mohamad Sabu sendiri semasa berkempen di Sayong Lembah beberapa hari lalu.

"Ini rahsia saya buka...semasa pemilihan calon nama saya naik tetapi bila ada NGO (yang dipercayai pengikut Tun M) nasihat biar cari calon bukan dari Pas kami bersetuju memilih Dr. Termizi," ujarnya kelmarin.

Menurut sumber, ini bermakna calon Amanah itu berjaya mengatasi beberapa nama pimpinan atasan Amanah yang sebelum ini disenaraikan sebagai calon.

Menurutnya, jelas Termizi bukan sahaja calon Pakatan Harapan tetapi pakar fizik itu juga calon mewakili Deklarasi Rakyat. Cuma, memandangkan latar belakang akademik dan sebagai anak jati Kuala Kangsar sahaja ia direstui pimpinan Pakatan Harapan dan Amanah.

Malah bagi merestui calon itu, Mahathir dijangka turun berkempen di Kuala Kangsar pada Ahad ini, menurut sumber dipetik dari Malaysiagazette.

Tiada ulasan: