Khamis, 16 Jun 2016

SPRM tahan seorang bekas anggota Palimen di Selangor

Bernama 
 
SPRM tahan seorang bekas anggota Palimen di Selangor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota Parlimen (MP) di Selangor bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah di sini petang semalam. - Gambar hiasan
 
 
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota Parlimen (MP) di Selangor bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah di sini petang semalam.

Sumber SPRM berkata lelaki itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang diterima daripada seorang kontraktor.

Bekas wakil rakyat itu dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang kontraktor bagi membolehkan syarikat berkenaan mendapat tender membaik pulih kemudahan awam, menurut sumber berkenaan.

"Penahanan  itu dilakukan selepas SPRM melakukan intipan selama empat bulan. Sebelum ini pihak kami sudah menerima beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya," kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan penahanan bekas MP itu di sekitar Shah Alam.

"Saya tidak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana siasatan masih dilakukan. Bekas MP itu berada dalam tahanan SPRM Selangor bagi tujuan (siasatan) itu," katanya.

Bekas anggota Parlimen itu dibebaskan SPRM pada kira-kira pukul 3 petang ini setelah selesai memberi keterangan.
Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan. 
 
 

Tiada ulasan: