MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN
KUALA KANGSAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan 75 peratus
daripada 74,997 individu yang layak mengundi dijangka menunaikan
tanggungjawab masing-masing di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan
Sungai Besar.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut seramai 32,632 pemilih akan mengundi di Kuala Kangsar manakala 42,365 pula di Kuala Kangsar.
"Pada PRU13 yang lalu, kira-kira 84.3 peratus pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka di Kuala Kangsar manakala 88 peratus pula di Sungai Besar.
"Kemungkinan penurunan peratusan berlaku antaranya wujud persepsi PRK ini tidak membawa sebarang perubahan besar dan Aidilfitri yang bakal menjelang dalam dua minggu lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas meninjau proses semakan peti undi di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.
Menurutnya, keputusan akhir PRK Kuala Kangsar dijangka akan diketahui umum selewat-lewatnya 9.30 malam esok.
"Proses pengundian seperti biasa akan bermula jam 8 pagi dan akan ditutup sekitar jam 5 petang," katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menggalakkan para pengundi supaya keluar mengundi awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas berlaku.
"Faktor cuaca juga turut memainkan peranan. Jadi saya harap para pengundi kalau boleh keluar awal dan secara berperingkat bagi melancarkan perjalanan PRK," katanya. Katanya, semua pihak terutama penyokong parti yang bertanding digesa mematuhi arahan dan undang-undang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
"Kita mahu PRK di Kuala Kangsar ini berlangsung aman tanpa ada sebarang provokasi atau insiden yang tak diingini daripada berlaku," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan