Sabtu, 11 Jun 2016

Ratu Naga datang sidang media SAMM, cabar Azharudin sumpah laknat

MALAYSIA DATELINE
 
 
 
Ratu Naga (kiri) bertanya kepada Azharudin dan Cikgu Bard dalam sidang media pagi ini. Gambar Malaysiakini.Ratu Naga (kiri) bertanya kepada Azharudin dan Cikgu Bard dalam sidang media pagi ini. Gambar Malaysiakini.


'Ratu Naga' hari ini membuat kejutan dengan hadir ke sidang media anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan mencabar  pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman untuk membuat sumpah laknat.

Syarul Emarina Abdul Samah yang dikenali sebagai Ratu Naga hadir ke sidang media yang diuruskan Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard, mencabar Azharudin bagi menyatakan segala dakwaannya di dalam akuan sumpah yang dibuatnya sebelum ini adalah benar.

"Saya datang sebab nama yang selalu kena sebut dekat berita hari-hari.

"Kalau saya kenal orang yang sebut nama saya tidak apa tapi (dia) tak ada kaitan langsung dengan benda ni semua.

"Kalau tengok di 'wall Facebook' saya, saya tidak campur dengan Deklarasi Rakyat kerana saya sedang sarat mengandung," katanya ketika ditemui pemberita di sidang media yang dianjurkan oleh SAMM itu, lapor Malaysiakini.

Ratu Naga yang sedang mengandung enam bulan itu juga sempat mengajukan beberapa soalan kepada Azharuddin tetapi pengatur cara komputer bebas itu memilih untuk berdiam diri.

Sebelum ini, Azharudin mendakwa, Ratu Naga membeli satu juta data pengguna telefon dari beliau untuk digunakan bagi mengisi borang menyokong Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun Ratu Naga mendakwa beliau tidak mengenali Azharudin dan membuat sumpah laknat dengan menjunjung Al Quran di sebuah kedai mamak bagi menafikan dakwaan Azharudin.

Hari ini, Azharudin membuat sidang media lagi dengan diuruskan oleh SAMM dan Ratu Naga datang bersemuka dengan beliau dalam sidang media itu.

Tiada ulasan: