Jumaat, 17 Jun 2016

PRN Sarawak: Calon BN fail petisyen cabar keputusan kerusi Pujut

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Petisyen pilihan raya pertama selepas pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei difailkan oleh calon terus Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong bagi mencabar keputusan bagi kerusi Pujut.
 
Peguam Peter Lin Kuan Yuh, yang mewakili Hii, berkata petisyen itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Miri semalam atas alasan kemenangan Dr Ting Tiong Choon daripada DAP tidak sah kerana beliau didakwa menjadi warganegara sebuah negara lain.
 
"Petisyen pilihan raya ini difailkan mengikut Seksyen 16 dan 17(g) Perlembagaan Negeri Sarawak berkaitan kewarganegaraan," katanya dipetik Bernama.
 
Untuk rekod, mengikut Seksyen 16 dan 17(g), seseorang Anggota Dewan Undangan Negeri akan hilang kelayakan sekiranya beliau secara sukarela mendapatkan kewarganegaraan sebuah negara lain.
 
Dalam pilihan raya itu, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan calon DAP, BN, PAS dan Bebas.
 
 

Tiada ulasan: