Selasa, 7 Jun 2016

PRK seperti gelanggang ‘wrestling’, kata Mahfuz

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
 
 
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pertembungan parti-parti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar seperti pertemuan musuh di gelanggang gusti.

Ini kerana kata beliau, Pas dan BN hanya menumpukan usaha untuk menjatuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), bukannya berkempen untuk mengatasi calon parti pihak lawan.

“Bagi saya pertandingan seperti ini tak ubah macam pertandingan gusti (wrestling) di mana tiga pihak sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang. Lalu dua pihak akan cari jalan untuk lemahkan yang satu pihak lagi.

“Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang baru dua pihak lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan,kehandalan dan kebijaksanaan menipu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Apa salahnya DAP sokong Amanah' kata Guan Eng]

Menurutnya lagi, tentangan daripada Pas dan BN juga seolah-olah menunjukkan Amanah parti yang digeruni oleh kedua-duanya.

“Nampaknya parti saya Pas macam sudah isytihar yang parti Amanah sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pula akan menyerang BN seperti yang dinyatakan oleh pimpinan Pas sebelum ini.

“Begitu juga BN, mengisytihar Amanah musuh mereka dan tidak Pas. Sesekali dilihat dari serangan BN dan Pas nampak macam Amanah begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh Pas dan BN. Saya percaya pemerhati dan penganalisis politik Malaysia sedang melihat dalam kepeningan dengan perkembangan politik baru dari PRK ini,” katanya.


Tiada ulasan: