Selasa, 7 Jun 2016

Pilihan Raya Kecil Prk Sg Besar Dan K.Kangsar : Loceng Pertandingan Dengan Permulaan DUa Lawan Satu


 
Oleh Mahfuz Omar


1.PRK Sg Besar dan K.Kangsar bermula dengan rasminya semalam selepas pengistiharan yang dibuat oleh SPR pada penamaan calon.PRK ini berlaku dalam bulan Ramadzan seperti mana yang pernah berlaku di PRK Lunas satu ketika dulu.Cuma kempen PRK kali ini berlaku sepenuh dalam bulan Puasa.

2.Walaupun PRK ini menyaksikan pertandingan 3 penjuru di Sg Besar dan 4 penjuru di K Kangsar,namun perhatian diberikan pada calon yang mewakili parti.Satu yang unik dan kelainan pada pilihanraya kali ini walaupun pertandingan ini 3 penjuru tetapi diperingkat awal sebelum dan selepas penamaan calon pada hari ini 6 Jun 2016 corak kempen dari kenyataan terbuka memperlihatkan macam pertandingan 2 lawan 1.

3.Pertandingan 2 lawan 1 ini menyaksikan blok ke3 pembangkang PAS dan Ikatan serta blok kerajaan Umno BN menghala serangan kepada PH yang diwakili Amanah.Apakah ini satu kebetulan atau satu perancangan strategik dari BN dan blok ke 3 pembangkang untuk* melemahkan lawan mereka yang sama iaitu PH yang diwakili oleh Amanah.Pas parti saya sudah istihar undi Amanah sama macam undi Dap.Sama seperti sebelum ini Umno BN menakutkan melayu dengan slogan undi Pas sama macam undi Dap.Nampaknya banyak perkara yang Pas parti saya dah belajar dari Umno Bn untuk menarik sokongan pengundi melayu.

4.Kini Pas parti saya mengguna strategi Umno untuk menakutkan Melayu khususnya ahli Pas yang dibimbangi mengundi Amanah khususnya di Kuala Kangsar kerana calon Amanah adalah abang kepada ketua Pemuda Pas Kuala Kangsar Mohd Dzoriff Ramli.Keluarga mereka sangat besar dan majoratinya adalah Pas.PRK kali ini juga menyaksikan Umno BN juga menyerang Amanah dikaikan Amanah sebagai alat Dap.

PRK DAH MACAM GELANGANG GUSTI (WRESTLING)

5.Nampaknya parti saya Pas macam sudah istihar yang parti Amanah sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pulak akan menyerang Umno Bn seperti yang dinyatakan oleh pimpinan Pas sebelum ini.Begitu juga Umno Bn mengistihar Amanah musuh mereka dan tidak Pas.Sesekali dilihat dari serangan Umno dan Pas nampak macam parti Amanah begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh Pas dan Bn.Saya percaya pemerhati dan penganalisis politik Malaysia sedang melihat dalam kepeningan dengan perkembangan politik baru dari PRK ini.

6.Bagi saya pertandingan 2 lawan 1 di PRK kali ini tak ubah macam pertandingan Gusti (Wrestling) dimana 3 orang sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang.Lalu 2 orang akan cari jalan untuk lemahkan yang seorang.Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang  baru yang 2 lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan,kehandalan dan kebijaksanaan menipu.

7.Apakah hujung PRK ini akan terjadi macam atas gelanggang Gusti atau hanya pertandingan persahabatan dan merancang 1 untuk kau 1 untuk aku?.Politik matang serba mungkin boleh berlaku.Rakyat sedang memerhati mainan politik pemimpin politik walaupun pemimpin politik akan menafikan tetapi rakyat hari ini sangat tajam dan jauh pandangan politik mereka.Maafkan saya atas kenyataan ini yang mungkin memperlihatkan perjalanan yang sukar bagi Amanah pada PRK ini.Tapi semuanya serba mungkin dan ketentuan Allah yang muktamad.
Ya Allah Selamatkanlah negara Ku Malaysia.

#SelamatkanMalaysia
#UndurNajib
#TolakCalonNajib
#SalamRamadzanKareem

Dato'Hj Mahfuz Hj Omar , Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan: