Sabtu, 18 Jun 2016

Peratusan baik, Amanah optimis mampu cipta kejutan

HAZRI NAWAR
 
 
Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang melawat pusat mengundi Bukit Residen.Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang melawat pusat mengundi Bukit Residen.


Berbaki dua jam sebelum pusat pengundian ditutup, Parti Amanah Negara (Amanah) optimis mampu membuat kejutan pada kedua-dua pilihan raya kecil kali ini.

Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, ia berdasarkan sokongan saat akhir yang ditunjukkan pengundi serta peratusan keluar mengundi yang agak memberangsangkan setakat ini.

"Dengan 59 peratus di Kuala Kangsar dan 58 di Sungai Besar setakat jam 2 petang, itu pada saya sudah cukup tinggi.

"Dengan baki dua jam lagi ini tidak mustahil angka 72 peratus seperti dianggarkan oleh SPR boleh dicapai.
"Bagi Amanah, jika peratusan keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus, kita optimis boleh buat kejutan," katanya ketika dihubungi.
Sehingga jam 2 petang tadi SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi terus bertambah kepada 59 peratus bagi Kuala Kangsar dan 58 peratus di Sungai Besar.

Tempoh masa mengundi berbaki kurang dua jam lagi dan semua pusat mengundi akan ditutup pada jam 5 petang.

Tiada ulasan: