Sabtu, 11 Jun 2016

PAS: Adik bongsu pun kempen lawan calon AMANAH

 
 
 
PRK K KANGSAR PAS Perak menggunakan adik bongsu kepada calon PRK Kuala Kangsar, Ahmad Termizi Ramli - Dzorif Ramli yang juga ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar - untuk berkempen menentang calon AMANAH itu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria mendedahkan semalam bahawa Dzorif telah berkempen menentang Termizi dalam PRK Parlimen tersebut.

"Dr Ahmad Termizi adalah anak sulung, tetapi adik bongsunya, ustaz Dzorif Ramli, adalah Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar," katanya.

Berucap dalam satu ceramah di Kampong Ketior, yang terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kuala Kangsar, Razman bertanya jika Termizi benar, mengapa adiknya tidak mengikut jejaknya.

Katanya. ia menunjukkan bahawa adik bongsu itu yang juga seorang ulama, tahu ada sesuatu yang tidak betul.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan kedua-dua calon PAS sebagai profesional.

Dr Najiha (PRK Kuala Kangsar), katanya, adalah seorang doktor dan Dr Rani Osman (calon PRK Sungai Besar) juga seorang doktor.

Beliau juga membidas calon BN Mastura Mohd Yazid, yang menurut akan berdiam diri di Parlimen.

Katanya, beliau boleh memberi jaminan bahawa calon BN tidak akan bercakap di Parlimen untuk rakyat, kerana dakwanya, ahli Parlimen lelaki (Umno dan BN) pun tidak berani bersuara dan membangkitkan masalah yang melibatkan kerajaan.

Menurutnya lagi, bukan sahaja ahli-ahli Parlimen itu tidak membangkitkan isu-isu, malah bekas Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah disingkirkan selepas bercakap menentang perdana menteri.

Tambahnya, menteri kabinet (Datuk Seri Shafie Apdal) dan menteri besar Kedah (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) juga disingkirkan.

Dalam pilihan raya umum 2013, BN menang di Kampung Ketior, sebuah daerah mengundi kecil dengan 493 pengundi. BN memperolehi dalam 57.2 peratus undi di situ.

Ketika dihubungi, Dzorif, 39, memberitahu Malaysiakini melalui mesej teks bahawa beliau tidak boleh membuat kenyataan akhbar dan tidak mahu mengulas mengenainya.

Sementara itu, ibu tiri Termizi, Raja Nor Azian Raja Adenan dilaporkan berkata beliau gembira kerana anaknya bertanding di Kuala Kangsar.

Buletin AMANAH memetiknya sebagai berkata beliau gembira Termizi bertanding kerana beliau mahu membela rakyat dan anaknya itu berminat menyertai politik.

Katanya, Termizi menganggapnya sebagai ibuny sendiri.

Tiada ulasan: