Rabu, 8 Jun 2016

Nizar pertahan kenyataannya tentang 'ketentuan ilahi'

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mempertahankan kenyataannya bahawa pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk 'mengajar' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.

Itulah bagaimana beliau melihat kaitan antara krisis Perak pada 2009 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan PRK tersebut, yang secara kebetulan, kedua-duanya di Kuala Kangsar, katanya.

Nizar berkata ia adalah intepretasi peribadi beliau mengapa Kuala Kangsar yang dipilih dan bukannya kawasan Parlimen lain.

"Jadi, saya hanya berkata bahawa kedua-dua kes ini mungkin ada kaitan. Itu sahaja," kata Nizar kepada Malaysiakini ketika ditemui di bandar diraja itu semalam.

"Saya mungkin salah, tetapi secara kebetulan ia berlaku di bandar yang sama," kata beliau sambil menambah bahawa kedua-dua insiden itu berlaku dengan izin Allah.

Oleh itu, Nizar enggan menarik balik kenyataannya itu atau memohon maaf, sambil menambah bahawa tidak timbul soal untuk bertaubat, katanya.

Bekas menteri besar itu melihat pilihan raya kecil itu sebagai untuk 'mengaja'r Najib dan Zahid atas peranan mereka dalam krisis, yang menyaksikan BN mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Zahid berharap pemimpin AMANAH itu akan bertaubat, dan taubatnya akan diterima oleh Allah.

Tiada ulasan: