Sabtu, 18 Jun 2016

Nelayan Dibebaskan Pihak Berkuasa Indonesia Buang Undi

MSTAR ONLINE
 
 
Chua selesai membuang undi di SK Seri Sekinchan. foto K K Sham/The Star
 
 
SEKINCHAN: Salah seorang nelayan yang dibebaskan daripada tahanan di Indonesia membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di SK Seri Sekinchan pada pukul 10 pagi Sabtu.

Chua Lee Teck, 46, yang baharu sahaja kembali ke kampung halamannya di Sekinchan selepas ditahan selama 101 hari berkata beliau mengundi calon yang dihargainya.

"Mereka telah membantu kami. Ia adalah masa yang sesuai untuk membalas budi mereka," katanya kepada pemberita di luar pusat pengundian di SK Seri Sekinchan.

Chua melahirkan rasa gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

Namun pada masa Chua mengakui pengalaman pahit yang diharunginya sejak tiga bulan lalu menyebabkan dia keletihan.

Chua bersama dengan Heng Chee Yong, 29, ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 3 Mac lalu semasa dalam perjalanan untuk memancing.

Mereka dijatuhi hukuman penjara dua tahun empat bulan kerana didakwa mencerobohi perairan Indonesia.

Namun tempoh tahanan mereka berakhir apabila kerajaan Malaysia berjaya mendapatkan pembebasan dan pengampunan mereka daripada Presiden Indonesia Joko Widodo.

Tiada ulasan: