Rabu, 15 Jun 2016

‘Najib perlu jelaskan 1MDB, bukan budak makan gaji Arul Kanda’

MALAYSIAKINI


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim membidas kehadiran Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam satu majlis di Sungai Besar untuk menjelaskan isu-isu berkaitan firma pelaburan negara itu.

Menurut beliau, sepatutnya jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, yang namanya dibangkitkan berulang-kali dalam siasatan global ke atas 1MDB, harus memberi penjelasan kepada pengundi.

Selain itu, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu dijemput untuk menjernihkan keadaan.

“1MDB kena panggil (Perdana Menteri) Najib (Razak) dan Jho Low ka Sungai Besar.

“Apa guna Arul Kanda? Budak makan gaji," kata Zaid dalam Twitter.

Pagi ini, Arul berucap pada satu majlis anjuran Jabatan Perdana Menteri untuk penjawat awam di Sungai Besar yang akan menyaksikan berlangsungnya pilihan raya kecil pada 18 Jun ini.

Calon BN bagi Budiman Mohd Zohdi turut hadir.

Dalam ucapannya, Arul menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak bermaksud untuk menutup hutang 1MDB.

Beliau juga berkata bahawa deposit berbilion ringgit di akaun bank peribadi Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB.

Tiada ulasan: