Sabtu, 18 Jun 2016

LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR: Petugas BN tertangkap beri 'dedak'

 MALAYSIA DATELINE
 
 
SEJUMLAH 32, 632 pengundi Kuala Kangsar yang layak akan mengundi mulai jam 8.00 pagi ini apabila pusat mengundi dibuka di pilihan raya kecil kali ini.

Mereka akan memilih antara empat calon yang bertanding iaitu calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti AMANAH Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Bagaimanapun, daripada keempat-empat calon itu hanya Mastura yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, manakala Dr Najihatussalehah merupakan pengundi di Parlimen Parit, Dr Ahmad Termizi (Shah Alam, Selangor), manakala Izat Bukhary (Kelantan).

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 22,496 adalah Melayu; Cina (7,757); India (2,287); Orang Asli (330); Bumiputera Sarawak (16); Bumiputera Sabah (13) dan lain-lain 50

IKUTI LAPORAN SECARA LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR DI MALAYSIA DATELINE

3.06 petang

Pengarah Pilihan Raya Amanah Perak Ahmad Adli Abdullah mendakwa beberapa pengundi di Jalan Kangsar yang tidak dibenarkan mengundi di kawasan itu tidak membuat semakan status pengundian lebih awal.

2.53 petang 

Sehingga jam 2.00 petang tadi, sumber SPR menyebut 59 peratus pengundi sudah membuang undi di PRK Kuala Kangsar.

2.47 petang 

Sehingga jam 1.00 petang tadi, sumber SPR menyebut 53 peratus pengundi sudah membuang undi di PRK Kuala Kangsar.

Naib Presiden Amanah Dato' Dr Mujahid Yusof melawat pusat mengundi Talang Hulu.Naib Presiden Amanah Dato' Dr Mujahid Yusof melawat pusat mengundi Talang Hulu.

12.35 tengahari

Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.

Para petugas Barisan Nasional (BN) dikesan memberikan sampul surat berisi wang tunai kepada pengundi di dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini. Mereka  menerima sampul surat itu selepas mengisi satu borang khas.

12.15 tengahari

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli bertemu MB Perak Datuk Seri Dr Zambry di Ulu Kenas Manong.Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli bertemu MB Perak Datuk Seri Dr Zambry di Ulu Kenas Manong.
Calon Amanah Dr Termizi memeluk naib presiden Pas Idris Ahmad yang kelihatan tidak selesaCalon Amanah Dr Termizi memeluk naib presiden Pas Idris Ahmad yang kelihatan tidak selesa
Pengundi datang dengan bot untuk mengundi selepas janji jambatan hanya tinggal janji sahajaPengundi datang dengan bot untuk mengundi selepas janji jambatan hanya tinggal janji sahaja

Sebanyak 36 peratus daripada 32,632 pemilih yang berdaftar, keluar mengundi setakat pukul 11 pagi bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar.

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata setakat pukul 10 pagi tadi proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku, lapor Bernama.

 Semua 23 pusat mengundi dibuka tepat pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang untuk proses pengiraan undi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak.

11.55 pagi

Ramai pengundi tiada nama di tempat mereka biasa mengundi selepas dipindahkan tanpa pengetahuan mereka termasuk pengundi ini. Gambar Malaysiakini.Ramai pengundi tiada nama di tempat mereka biasa mengundi selepas dipindahkan tanpa pengetahuan mereka termasuk pengundi ini. Gambar Malaysiakini.

Beberapa orang pengundi yang selama ini mengundi di Jalan Kangsar, mendapati mereka tidak boleh mengundi kali ini.

Ini kerana mereka telah dipindahkan ke kawasan lain, kata Pengarah Pilihan Raya Amanah, Hatta Ramli, lapor Malaysiakini.

Katanya, beliau mengetahui mengenai perkara itu apabila lima daripada 10 pengundi hadir di 'pondok panas' mereka untuk menyemak pusat pengundian mereka.

"Saya rasa ini boleh menjejaskan keputusan kami," kata Hatta.

11.40 pagi

Mahasiswa antara yang turut  berkempen untuk calon Amanah dari Pakatan Harapan di Kuala Kangsar. Gambar di Sekolah Menengah raja Muda Musa.Mahasiswa antara yang turut berkempen untuk calon Amanah dari Pakatan Harapan di Kuala Kangsar. Gambar di Sekolah Menengah raja Muda Musa.
Kempen Pas mendakwa jika nakkan Islam undilah parti itu dan jika undi Amanah dapat DAP.Kempen Pas mendakwa jika nakkan Islam undilah parti itu dan jika undi Amanah dapat DAP.

Mahasiswa dan golongan wanita antara yang ramai memberikan sokongan untuk calon Amanah dalm kempen kali ini. Mereka datang dari pelbagai tempat bagi membantu calon mereka. Sementara itu, Pas terus menggunakan elemen provokasi dalam kempen mereka termasuk Undi Pas untuk Islam dan Undi Pan untuk DAP.

11.15 pagi

Sukarelawan Amanah berkempen di SMK Raja Muda MusaSukarelawan Amanah berkempen di SMK Raja Muda Musa

SPR memaklumkan, sehingga jam 10 pagi tadi, sudah 24 peratus keluar mengundi di Kuala Kangsar manakala di Sungai Besar pula 22 peratus.



Tiada ulasan: