Ahad, 19 Jun 2016

Kemenangan PRK petanda momentum positif buat BN

Kemenangan PRK petanda momentum positif buat BN
Khairy menyampaikan sumbangan serta beramah mesra dengan peserta tadarus sempena Program Ihya’ Ramadhan Peringkat Daerah Rembau 2016, di Masjid Kariah Seberang Paya, Batang Nyamor, petang semalam.


REMBAU - Kemenangan calon BN dalam dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini dilihat sebagai petanda momentum positif buat BN.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kemenangan itu juga membuktikan segala gerak kerja dan langkah pemulihan politik yang dilakukan BN sejak dari tahun lalu sedang menunjukkan kejayaan melalui keputusan PRK berkenaan.

“Saya melihat ini adalah satu tanda yang begitu positif bagi BN. Segala langkah pemulihan politik dari tahun lepas, sedang menunjukkan kejayaan.

"Keyakinan daripada pengundi juga boleh dilihat melalui pilihanraya umum Sabah dan Sarawak.

“Ini momentum positif buat BN.  Saya berterima kasih kepada semua pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana memilih BN,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Program Ihya’ Ramadhan Peringkat Daerah Rembau 2016, di Masjid Kariah Seberang Paya, Batang Nyamor, di sini, petang semalam.

Sementara itu, Khairy berkata, bagi Pemuda Umno dalam PRK berkenaan, banyak isu-isu berkaitan pengundi muda diketengahkan, berbanding pihak pembangkang yang hanya mengetengahkan isu-isu nasional yang tiada kaitan dengan orang muda.

“Kita (BN) usaha kempen ketengahkan calon dan isu-isu berkaitan orang muda. Ini strategi kita.

Bagaimanapun, mereka (pembangkang) mengetengahkan isu yang tak ada kena mengena langsung.

Untuk rekod, pada majlis berkenaan, seramai 200 belia dari sekolah, madrasah dan persatuan belia bertadarus.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Azura Sarbin dan Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Rembau, Abdul Rafi Abdul Murad.


Tiada ulasan: