Ahad, 12 Jun 2016

Izzah akui calon PAN sukar dekati pengundi Sungai Besar

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui calon Parti Amanah Negara (PAN) sukar untuk mendekati pengundi ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.
 
"Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju Amanah (PAN) untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan," katanya.
 
Menurut Nurul Izzah, Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan oleh sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.
 
Pada PRK itu, calon Amanah Azhar Abdul Shukur selaku Pengerusi PAN Sungai Besar ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi manakala Pas‎ mempertaruhkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.
 
Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
 
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16 peratus pengundi Melayu, 30.70 peratus pengundi Cina, 1.92 peratus pengundi India dan 0.22 peratus pengundi kaum-kaum lain.
 
 

Tiada ulasan: