Khamis, 9 Jun 2016

Isteri PM belanja RM86 juta untuk sewa jet mewah peribadi, dakwa Rafizi

BORHAN AHMAD
 
 
 Kemasan dalam jet pribadi mewah yang disewa isteri perdana menteri.Kemasan dalam jet pribadi mewah yang disewa isteri perdana menteri.


Datin Seri Rosmah Mansor didakwa membelanjakan RM86 juta wang rakyat untuk menyewa jet mewah peribadi ACJ316 A6-CJE untuk kegunaannya selama dua bulan, dakwa ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Kerajaan Malaysia pula menyewa jet peribadi tersebut untuk tempoh dua bulan atas alasan satu lagi jet peribadi sedang disenggara, kata Rafizi dalam satu kenyataannya hari ini.

Ruangan keemasan bilik mandi dalam jet mewah.Ruangan keemasan bilik mandi dalam jet mewah.Menurut Rafizi, angka RM86 juta itu diperolehi berdasarkan semakan beliau dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat menyewa jet peribadi mewah ACJ319 menunjukkan bahawa kadar sewaan adalah mengikut jam; iaitu USD15,000 setiap jam.  

Rafizi membuat andaian ini selepas Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor mengesahkan dakwaan beliau sebelum ini.

"Saya hanya ingin mempersoalkan kewajaran membelanjakan RM86.4 juta dana rakyat dalam keadaan rakyat benar-benar tersepit akibat GST, penghapusan subsidi, kenaikan harga, potongan mendadak biasiswa dan pembiayaan pendidikan melalui MARA, PTPTN dan lain-lain," katanya.

Beliau menyenaraikan beberapa contoh mudah bagaimana RM86.4 juta ini boleh dibelanjakan untuk rakyat:

1.    Ia boleh menanggung biasiswa penuh untuk pelajar paling cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan (awam atau swasta) sebanyak RM45,000 untuk kursus ijazah bagi 1,920 pelajar cemerlang

2.    Ia boleh diberikan sebagai pinjaman MARA sebanyak RM20,000 kepada seramai 4,320 anak-anak Bumiputra untuk membiayai pendidikan mereka

3.    Ia boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang SPM 2013 yang sepatutnya belajar di universiti ternama seluruh dunia tetapi biasiswa itu dibatalkan atas alasan kerajaan tidak cukup wang

4.    Jika diberi kepada pelajar miskin yang cemerlang di sekolah dalam bentuk Biasiswa Kecil Menengah sebanyak RM500 seorang, jumlah ini akan memanfaatkan 172,800 keluarga

Oleh itu, katanya, tidak ada alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana pemimpin Umno/Barisan Nasional untuk mewajarkan pembaziran tahap mega yang dianggarkan memakan RM86.4 juta wang rakyat ini.

Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM.Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM."Oleh sebab itu, pemimpin dan calon BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak lagi boleh bercakap mengenai membela rakyat selagi mereka tidak berani menegur Datin Seri Rosmah Mansor agar berhenti bermewah menggunakan wang rakyat seperti ini," kata Setiausaha Agung PKR itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya pengundi-pengundi yang selama ini menyokong Umno/BN tetapi rasa jelek dengan pembaziran wang rakyat seperti ini memilih untuk membuang undi protes dengan mengundi calon Pakatan Harapan dari AMANAH di kedua-dua kerusi; atau pun tidak keluar mengundi langsung di dalam PRK ini.

Tiada ulasan: