Khamis, 9 Jun 2016

DAP mengaku naikkan papan tanda 'Cina babi' di Sungai Besar

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengaku menaikkan papan tanda kontroversi  yang tertera perkataan 'Cina babi' kononnya untuk menyatakan fakta yang benar.
 
Papan tanda itu menampilkan gambar calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi berpeluk dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos dengan kapsyen 'Panggil Cina Babi tidak salah'.
 
Bagaimanapun kapsyen itu bukanlah diungkapkan calon BN sebaliknya disebut oleh Jamal, menurut papan tanda itu.
 
"Ia dibuat oleh kami (DAP). (Kami meletakkannya) petang ini (petang Rabu). Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina," kata Pua dipetik portal Malaysiakini.
 
Bagaimanapun, papan tanda itu diturunkan selepas diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut SPR, perbuatan DAP itu melanggar peraturan pilihan raya.
 
"Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima adun dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua.
 
 
 

Tiada ulasan: