Khamis, 9 Jun 2016

Ceramah Pakatan Harapan diganggu


‎Ceramah Pakatan Harapan diganggu


KUALA KANGSAR - Ceramah Pakatan Rakyat di Taman Sri Emas malam tadi dicemari dengan insiden gangguan hampir empat lelaki di sini.

Kesemua pemuda itu mendakwa penduduk di taman ini.

Kekecohan pertama berlaku kira-kira jam 8.40 malam, ketika Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar sedang berucap.

Kejadian itu menyebabkan Sivakumar terpaksa berhenti selepas seorang lelaki hadir di hadapan pentas dengan menyatakan bahawa ceramah itu mengganggu ketenteraman awam.

Ceramah itu kemudiannya dihentikan selama 15 minit.

Gangguan kedua pula berlaku ketika Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sedang berucap, kira-kira jam 9.30 malam.

Sekempulan pemuda itu menyatakan alasan yang sama iaitu ceramah ini mengganggu penduduk dan meminta semua ceramah tidak kira daripada Pakatan Harapan, BN dan Pas bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan.

Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli ketika ditemui Sinar Harian selepas berucap di pantas sama berkata, beliau berharap semua yang terlibat dalam berkempen memahami latar belakang budaya masing-masing.

"Memang betul memang Islam nak solat sebagainya. Mungkin yang bukan Islam ada ruang dia juga asalkan masing-masing tahu batasan.

"Kalau boleh kita cuba elakkan berlakunya sebarang gangguan," katanya.


Tiada ulasan: