Sabtu, 18 Jun 2016

Bomba laksana Ops Raya seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BANDAR BARU NILAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melaksanakan Ops Raya seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri ini. 
 
Ketua Pengarah, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata operasi itu bertujuan memastikan keselamatan orang ramai, terutama pengguna jalan raya sepanjang tempoh itu. 
 
Katanya, antara ciri penting operasi itu ialah penempatan pasukan bomba di lokasi strategik, terutama sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). 
 
"Antara lokasi dikenal pasti termasuk sekitar Jalan Masjid India di Kuala Lumpur," katanya pada sidang media ketika menghadiri Majlis Jalinan Mesra dan Berbuka Puasa di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Nilai semalam. 
 
Wan Mohd Nor berkata, pasukan di sepanjang lebuh raya PLUS pula akan ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat (RnR). 
 
"Ini akan membolehkan pasukan bomba bergerak lebih cepat jika ada kemalangan di lebuh raya," katanya. 
 
Sementara itu, katanya hanya kira-kira 20 peratus daripada anggota bomba dibenarkan bercuti untuk menyambut Aidilfitri. 
 
Beliau berkata, operasi bomba tidak akan terjejas kerana jabatan akan memastikan bilangan anggota yang bertugas mampu menangani apa sahaja kejadian yang berlaku, sama ada kebakaran atau kemalangan.
 
 

Tiada ulasan: