Sabtu, 11 Jun 2016

BERAPA BANYAK BEG? APA DALAM BEG? JAWAPAN PEGAWAI KHAS ROSMAH BANYAK TAK LOGIK

shahbudindotcom


Soalan mudah daripada Rafizi Ramli untuk Rosmah Mansor di hari ketiga pendedahannya mengenai penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri itu - berapa banyak beg dan apa isi di dalamnya?

Jawab, jawab...jangan tak jawab.



Kali ini rasanya lebih sesuai jika Rosmah sendiri tampil memberikan jawapannya, bukan melalui pegawai khasnya, Rizal Mansor lagi.

Sebab setakat pegawai khas tak mungkin tahu berapa jumlah beg tersebut, apatah lagi isi-isi dalam semua beg itu.

Hanya Rosmah satu-satunya yang lebih tahu.

Tapi kalau tak boleh atau susah jawab di dunia, jawab saja di akhirat nanti.

Video beg-beg sedang diangkut ke dalam pesawat boleh ditonton melalui facebook Rafizi Ramli. 

NOTA - Baru sebentar tadi pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor tampil dengan penjelasannya berkaitan isu yang dibangkitkan Rafizi ini.

Menurut kata Rizal, ruang kargo peswat itu telah diubahsuai untuk membesarkan tangki minyak, maka dengan kata lain ruang kargo adalah kecil, sebab itulah beg diangkut ke dalam pesawat.

Rasa-rasa logikkah jawapan itu?

Dalam kes penerbangan ini, kata Rizal lagi, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni, maknanya sebab itu ia tak muat untuk diisi dengan beg-beg.

Sekali lagi, logikkah jawapan itu?

Masuk akalkah  pesawat membawa VVIP turut digunakan macam lori untuk mengangkut barang-barang dan alatan, lebih-lebih lagi VVIP di dalam pesawat itu ialah "First Lady"  yang bernama Rosmah Mansor?

Logikkah perjalanan yang hanya memakan masa 13 jam  sampai perlu menukar pakaian dan mandi bagai dalam jet? 

Lebih kelakar, takkan kesemua 13 penumpang  membawa beg kerana kononnya mereka perlu menukar pakaian masing-masing semasa dalam penerbangan?

Kemudian kononnya  juga beg-beg itu untuk membawa makanan dari dapur untuk dibawa dalam jet? Bukankah makanan dalam jet sudah seperti di restoran atau hotel bertaraf lima bintang?


Tiada ulasan: